Thursday, January 5, 2012

cukup sebulan, meh kita botakkan baby


tu dia budak cukup sebulan, dah 4.4kg. nampak macam kecik sebab dia memanjang tinggi.
susahnya jaga budak dalam pantang ni, tuhan je tau. mana tak nya, kalau dah kadang sejam sekali susu, kadang-kadang 2 jam, kadang-kadang setengah jam sekali. bengkok badan mak.

dulu, masa nak botakkan Yaya kitaorang kat Kuantan, so ada tukang gunting yang memang buat keje amal direct datang umah untuk cukur kan rambut baby. kali ni, kitaorang gi kedai barber je. lagi laju kot barber tu buat keje banding ngan pak cik yang cukur rambut yaya dulu. rambut baby yang jatuh masa cukur tu, kitaorang tadah atas kain napkin. nanti terus bole tanam ngan kain tu sekali.. senang.

insyaAllah.. rambut baby akan tumbuh cantik, rata macam rambut Yaya.

3 comments:

Shima Sharir said...

Cantik dia botakkan. Kat mana a ko buat?

man said...

lawa bayi 2

Si Hitam Manis said...

Shima Sharir : kat kedai Barber Giant Kota Damansara ni jee.. 6 hengget ajo.