Wednesday, December 5, 2012

Hidup lah dengan penuh harapan.


Matanya kelihatan berkaca-kaca
dia mengeluh perlahan
"Ya Allah, beratnya beban ni. Rasa macam dah tiada makna lagi untuk hidup."


Saya memandang matanya
ya..dia kelihatan seperti sudah berputus asa dengan segala apa yang terjadi saya tepuk bahunya perlahan-lahan
"Jangan begitu sayang..kita masih punya akhirat.."

Monday, December 3, 2012

anak...


anak.

sejak ada anak, 
hidup aku dah tak ada makna apa selain untuk dia aman dunia akhirat.

ada anak-lah buat aku rasa nak sembah tuhan hari2 supaya anak aku diterima tuhan.

ada anak-lah buat aku rasa nak kerja kuat2 supaya anak aku dapat seluruh dunia dan kemewahan.

ada anak buat aku hidup.
30 tahun aku hidup yang mati.
tak percaya--
baca tulisan2 aku,
tanya manusia2 keliling aku.

apa yang buat aku bertahan cuma suami.

*senyum*

kalian yang masih merasakan hari2mu kosong dan terlalu penuh dengan nanah dan daki--
bersabarlah.

moga2 sampai sebab untuk kau bernafas kembali.
sabar.
dan tunggu cahaya dipancar.

selagi ada esok--
sempat.



**copy from Fynn Jamal




Saturday, September 22, 2012

EBC night!


tonight... surrounding with energetic, positive and friendly people.

actually ni adalah Raya dinner.. kenapa buat raya dinner lepas Syawal? sebabnya ialah kitaorang dapat book dewan ni lepas raya, so tibai aje.

malam tu our group buat flash mop.. dapat no 1 okkk.. berbaloi buat praktis memalam. yang penting we  really have fun during the practise and during the performance.. kepala semua best.

gambar atas pentas tak de, sume kat kamera orang lain. ni je gambo yg mampu, itupun amik ngan camera phone.






Monday, September 17, 2012

BEZA KHUNSA DAN PONDAN



hermaphrodite
SETIAP suami isteri pasti mengimpikan zuriat yang lahir seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah sentiasa menguji hamba-Nya dengan sesuatu kekurangan bagi menilai tahap kesabaran dan kekuatan iman mereka.
 
Satu daripadanya adalah Allah s.w.t ciptakan bayi yang baru lahir memiliki dua ciri jantina atau lebih dikenali sebagai khunsa.

Malah, khunsa bukan terhad kepada manusia, malah ia turut berlaku kepada hidupan lain seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan.

Kita perlu yakin setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah tersembunyi dan ia fitrah yang membuktikan kekuasaan, kebesaran serta keagungan-Nya.

Jarang masyarakat mahu membincangkan secara terbuka isu khunsa kerana ia membabitkan maruah, aib dan tabu apatah lagi jika ibu bapa memiliki anak sedemikian.

Namun, insan yang dilahirkan sebagai khunsa juga makhluk Allah dan mereka berhak untuk menikmati nikmat serta rezeki Yang Maha Esa.

Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut. Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan.

Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).

Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.

Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu).

Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat.

Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu.

Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi.

Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya.

Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.

Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Lalu, baginda menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.

Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.

"Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.

"Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. "Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita," katanya.

Katanya, khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

"Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

"Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

"Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita," katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.

Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki.

Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya," katanya.

Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi.

"Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.

"Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan.

"Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita," katanya.

Katanya, golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.

"Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki.

"Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil," katanya.

Cara Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

UNTUK MUSLIM SEJATI TOLONG BAGI 10 MINIT JE BACE NIE...!! SILA SHARE..

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w





* copy and paste from 
http://www.facebook.com/familyguru

Wednesday, September 12, 2012

terpengaruh dengan 'PB' dan berjaya...


salah satu rahsia perut kempis i ialah Premium Beautiful (PB). start pakai sejak dalam pantang lagi. since i c-sec, so pakai after 2 weeks. mula-mula pakai memang rasa tak selesa, sebab kene duduk tegak. Lepas hari ke-3 dah rasa OK untuk pakai hari-hari. skang perut memang dah kempis, pakai PB kadang-kadang aje. just want to share, mula-mula pakai PB berat i 69kg, lepas 4 bulan pakai 46kg. of coz makan kene jaga ye kak, kalau pakai 10 lapis PB pun, makan macam naga tak guna.


i beli kat agent shelyza ni blog nya http://www.shelyzasulaiman.com/.


alamak malu nya upload pix ni.. ni pix lepas pantang 44 hari, pegi Cameron Highland. rasanya ni hari ke 46 pantang kot. berat masa ni still 66kg. awal-awal dulu berat turun agak slow, mungkin sebab terperap kat rumah je.


ni dinner sempena lepas pantang hari ke 100. berat 55kg.


lepas 3 bulan... 50kg



gambar ni masa wedding Eja, i dah 46kg after 5 months pakai PB.

seriously, makan kene jaga. cara my diet agak simple. pagi tak amik heavy.. nasi lemak, roti canai, mee goreng tolak ketepi.. sebab pagi badan kita still belum warm up.. kalau makan benda heavy pun agak ngantuk. 

tengahari, belasah apa saja, sebab masa ni metabolisme tengah tinggi. kalau bole banyak kan sayur. elak goreng-goreng.

petang... i jarang makan. tak sempat pun kalau hari bekerja.

malam.. makan awal.. i biasa makan malam sebelum pukul 7. ye lah sebab tak makan petang kan, so lapar lepas balik keje. cuma makan roti or sedikit nasi.

supper, kalau still berjaga.. amik cereal 3 in 1.

tiap orang ada cara diet masing-masing. cari kesesuaian. banyak kan minum air kosong. kalau makan terkurang sangat cuba amik supplement untuk ganti semula zat yang tak de.




muka tak de zat.. kurus sangat pun tak cantik. masa ni terlajak 44-43 kg kot, asyik sakit je.. skang dah naik balik.. hehe.. lesson learnt.

Thursday, September 6, 2012

Stroller dan KLCC


ini mungkin bukan berita baik kepada parents yang ada anak berderet, anak kecik, anak yang malas nak jalan bila masuk shopping complex.
KLCC skang dah pasang palang kat escalator yee.. so sesapa yang ber stroller nak naik turun tingkat, sila beratur panjang dan bersesak kat lift.


Wednesday, September 5, 2012

Susuk


KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.
Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.
“Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.
“Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.
Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.

Bentuk susuk yang biasa dipakai


Cara Pakai Susuk


KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.
Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.
Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.
“Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.
“Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan,” kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.
Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat.
Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.
“Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah,” katanya.
Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.
“Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.
“Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar,” katanya.
Berunsur pemujaan
SUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.


Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai ‘penjaganya’, Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.
“Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.
“Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang,” jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.
Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi.
“Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.
“Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya.
Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.
Betis memukau
Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun.
“Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening,” katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.
Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah.
“Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa,” ujarnya.
Kemaluan bernanah
Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita.
“Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.
“Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan,” katanya.
Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.
PEMAKAIAN susuk biasanya disusuli dengan ritual pemujaan yang bercanggah dengan hukum Islam. – Gambar hiasan


Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir.
“Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.
“Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut,” ujarnya.
Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.
“Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.
“Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun,” katanya.
Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi.

* info petikan dari http://www.hargaemas.com.my

Sunday, September 2, 2012

Bercakap pasal takdir

'nak buat macam mana, dah takdir saya macam ni'

excuse me.. ko buat benda bodoh benda salah.. yang ko dah tau benda tu salah.. agama pun kata salah.. yang ko tau tu benda setan.. ko nak salah kan takdir... dia sama je keadaan ko minum racun pastu sakit perut.. muntah-muntah pas tu mati.. itu bukan takdir.. itu BODOH!

pada aku takdir ialah benda-benda yang kita tak bole nak elak.. macam banjir, gempa bumi.. itu pun tuhan bagi kita otak untuk guna minimize kan macamana nak elak kejadian alam supaya kita bole pikir.. contoh cipta alat untuk kesan bencana, so kita bole elak, pindah or buat apa yang patut. contoh lain takdir ialah kalau ko telan racun ko mati... yang sedih orang keliling ko, nasib orang keliling ko yang sedih tu baru takdir..

so kalau ko buat benda bodo yang terang-terang benda salah tolong jangan salah kan tuhan salah kan takdir... tuhan bagi otak sebab ko manusia bukan binatang.. so jangan perangai macam binatang!

Friday, August 31, 2012

Dr Altaf's Child Clinic


disebabkan susah sangat nak jumpa details waktu rawatan Klinik Dr Altaf ni, maka aku buat blog ni untuk sesapa yang memerlukan. sila lihat gambar untuk alamat, telefon dan waktu rawatan. better call dulu sebelum datang sebab kengkadang ada masa dia accept rawatan by appointment saje.. (sebab aku dah kene hiks... )

sesapa yang tak reti cari nama jalan, landmark klinik ni ialah sederet dengan Devi's Corner.



budak lupa mak bila jumpa mainan baru...

Chocolate Rice Ball


sebelum gigit...


isi dalam.. ada coklat...

makan ngan air soya... samada sejuk atau panas. for me, panas-panas lagi sedap.

aku biasa makan benda alah ni kat Sunway Giza tingkat 1.. betul-betul depan kedai Bodyshop...

Monday, August 27, 2012

jom joget Gangnam style

video

lagu and video yang dikatakan super genius hahaha... 
enjoyyyy
http://www.youtube.com/watch?v=9bZkp7q19f0

terjumpa pix 2007.. dan experiment rambut


belek-belek email... terjumpa pix poyo ni... tahun 2007.. makna nya masa ni saya umur 27 tahun... i love my hair masa ni... first time buat highlights... tak lama lepas tu rambut rosak.. jadi kering and keras...


skang saya sudah umur 32.. anak pun dah 2. masih suka gambar poyo.. masih suka ber experimenting rambut. pix atas nak tunjuk rambut lepas 2 minggu buat perm.. sumpah rosak...

kesimpulannya.. jangan gatal-gatal lagi nak tambah chemical kat rambut. confirm rosak.

Masak-masak untuk pot luck tahun ini


sebagai orang yang jarang mengasapkan dapur.. saya merasa bangga mengorbankan masa ke dapur hari ni untuk acara pot luck kat office esok. kene masak awal.. kasi rendang ayam sejuk, masuk kan dalam peti.. esok panas kan rendang and potong ketupat.

sesungguh nya masak itu adalah perkara mudah... cuma antara rajin atau tak je... saya mengaku saya tak berapa rajin tapi saya pandai masak.. sedap atau tak terpulang kat tekak memasing but at least untuk tekak sendiri, hubby and anak-anak.. lepassss...

Sunday, August 26, 2012

Space paling kreatif


tersedak air liur aku masa drive tadi... ingat kan bantal rupanya budak.. elok baek punya menulis kat atas tu...
aku rasa parents dia tak kuasa nak larang dah...
aku sendiri pun kengkadang sampai jugak satu tahap.. lantak kau lah...

Yaya terlopong tengok... cepat-cepat aku cakap "dont you ever do that! mama rotan" tersengih je Yaya tengok aku...

Friday, August 24, 2012

Upacara Annick ke swimming pool

masa ke MidValley hari tu.. singgah ke EAON a.k.a Jusco beli baju swimming Annick and pelampung safety jacket Yaya. Cari baju swimming yang paling murah je.. sebab baby cepat besar.. tapi paling murah pun dekat 40 ringgit jugak. pelampung 30++ ringgit. punya semangat si Yaya pakai but end up takut jugak masuk air dalam skit.. so pakai sekadar hiasan :(

orang kata, baby memang naturally bole terampung dalam air sebab masa dalam rahim pun duduk dalam air.. tapi aku tak tergamak wehh.. aku lepas kan Annick 3 saat dalam air pun hati aku macam nak luruh... kesian tengok dia tergapai-gapai... biar lahh dia belajar berenang sendiri nanti.


gambar sebelum muka basah kuyup...


aksi tanpa motif...


setengah jam je Annick dapat duduk dalam air... sejuk.  terketar-ketar baby boy... lain kali kita gi swimming lagi ye adik...

Bila tak balik kampung

tahun ni tak balik kampung sob sob.. kesat hingus...
apa kitaorang buat?
pikir punya pikir.. jom buat benda yang kitaorang susah nak buat kalau hari biasa KL.. iaitu meredah KL gi KLCC
memang nama je duduk KL, jangan harap la aku nak redah masuk hiruk piruk KL kalau tak de meeting. kalau stakat nak beli barang.. jenjalan.. kat damansara ni pun sume ado.

sampai KLCC rasa macam sedih kot.. sebab sume muka orang luar.. rasa macam duduk kat negara lain je.


acara wajib, bawak Yaya gi tengok air pancut. ramai orang okeh.. lemas aku...  tengok Annick.. pantang si mak jauh skit start melalak, kang aku sumbat balik masuk dalam perut kang.

cakap pasal perut.. tetiba lapar. plan nak gi makan kat food court, tapi cik hubby kata mana ada orang food court nak berniaga masa ni.. betul jugak kann.. sebab masa ni raya kedua :(

so kami meredah DOME..


tengok si Annick bila dapat riba mak nya.. muka terus bahagia.


mmm.. anak daddy konon.. tunggu laa masa sakit perut.. demam.. nak berak.. sapa kau cari?


aku perati je dua beranak ni menekun colour katun.. macam nak masuk exam.


si kecik ni first time duduk kat baby chair... maintain muka bahagia asal kan mak nya depan mata. asal aku berdiri nak betul seluar je terus muka sebek.. hai anak...

servis malam tu agak lemssss.. tapi nak gesa-gesa pun tak sampai hati sebab aku tengok semua muka penat.. ye lah.. DOME situ ramai..

sampai rumah about 11 aish.. tengok TV sampai sembab...
abis macam tu je raya kedua kitaorang...

Sunday, August 19, 2012

Kami sekeluarga


ok.. bebudak dah bangun...

abaikan Yaya yang bad mood asal muka mak nya ayu.

SELAMAT HARI RAYA!

raya kami 2012


tahun ni raya kat Kota Damansara aje..

malam tadi lagi dah siap masak rendang ayam, ketupat palas order aje kat seksyen 6.. senang.

first time raya sendiri... dari celik mata.. susu kan annick and yaya... then panas kan rendang ketupat sambil tahan telingan bebudak ni mlalak berebut dukung.. daddy nya gi semayang, tu yang aku berperang sengsorang.

siap makan mandi kul 11++, bebudak ni plak tido.. so kitaorang gambar berdua je lah...

Selamat Hari Raya dari SHM and Mr J.

Sunday, July 8, 2012

Muka baru...


Blog berwajah baru...

SHM juga mempunyai azam baru...

tunggu...

Monday, June 4, 2012

Sunday, June 3, 2012

49kg...

percaya atau tidak...
berat saya sudah cecah 49kg...

alhamdulillah.. adik masuk 5 bulan mama sudah kurus... 

but.. rasa macam eye bag ketara sangat.. tak cukup tido... 

so ada sesapa bole suggest macamana nak hilangkan eye bag ni???

Sunday, April 8, 2012

kembali beraksi...


yee.. dah lama berabuk blog ni...
sibuk sey... sibuk ngan keje.. tapi muak ngan office politic...
sibuk ngan anak.. but now aku slowly 'digest' yang aku memang tak akan dapat pay attention kat adik. aku terpaksa serah kat bibik. but i will do my best to spend time ngan adik.. dan aku tak akan kecik hati kalau adik melalak tak nak kat aku.. ye laa sebab dia banyak masa ngan bibik pun. biarlah asal dia sihat.. berjaga makan minum.

the only good thing yang best aku rasa skang ialah pasal berat badan aku... with all the stress yang aku lalu. buat aku makin susut. sedikit sebanyak aku happy dapat sarung balik baju-baju lama. alang-alang badan tengah turun.. aku nak letak target untuk turun lagi 5 kg. hoho.. might be too ambitious sebab aku memang bukan jenis badan kurus kering. tapi tengok lah macamana... kalau dapat dapat lah.

last Friday.. lepak ngann Ajied and Eida. Berbulan kot tak jumpa si Ajied sejak dia beranak. and Eida.. lepas 12 tahun.. hehe.. baru jumpa balik lepas 12 tahun. Eida ni pandai masak, masa duduk kat kolej dulu, dengan botol sos maggi pun bole digeleknya buat karipap. mmm.. macam kene arrange sesi pot luck ni. best-best.

bila dipikir-pikir balik, aku banyak je kawan-kawan yang menceriakan hidup aku. tak perlu lah aku nak membazir masa nak pikir pasal orang 'tak sengaja' nak buat hidup aku susah. tak perlulah aku nak pikir pasal orang 'tak sengaja' nak pulaukan aku. tak perlu aku nak pikir pasal orang yang asyik nak pikir benda tak elok je kat diri aku ni.

do your best and Allah will do the rest.

what out.. i'm back.

Wednesday, February 22, 2012

Yaya with her BFF Kayla



budak-budak ni ditemukan sejak umur dua bulan... beza umur pun just seminggu.

skang tengok... tengokkkk.. dah anak dara dah budak-budak ni. geletis tak?