Thursday, January 28, 2010

anak kucing niee....

tak dapat nak copy html for this video
ada link jee..
sila klik untuk kucing comel ni.

http://www.youtube.com/watch?v=0Bmhjf0rKe8

selamat pagi D'Rimba...


celik mata dengar bunyi burung... ada bau wangi pokok, i mean bau hijau..segar sejuk. best.. nama pun D'Rimba...ni la sebab liat sangat nak pindah.. selain rumah ni dekat dengan my office. shopping complex pun dekat.. Giant, the curve + ikea + ikano + cineleisure, one utama.. tak lama lagi ada Carrefour.


walaupun rumah ni kecik.. selesa laa setakat kitaorang bertiga ni. tapi tu laa.. sampai bila nak duduk rumah macam ni. tak lama lagi Yaya pandai jalan.. pastu sure nak naik basikal lah.. nak lari-lari la...


mm.. kene start kumpul duit secara berkesan mulai sekarang. beli rumah.

Tuesday, January 26, 2010

Aduhai Cicibab...

letih mendukung Cicibab, ke dapur kejap nak basuh tangan.

rasanya tak sampai 3 minit pun kat dapur...tengok apa jadi dengan Cicibab???
tumpas dengan sendiri nya.


tu laaa... galak sangat!
merata-rata je terlena.

Monday, January 25, 2010

Fisher Price keychain for Yaya...


kenapa laa nk beli barang-barang mainan kat baby mahal-mahal.. budak besar tungau tu bukan tau apa pun..
yup.. memang betul dia tak tau apa, tapi bila dia besar nanti, dia tengok gambar "oooo.. dulu mama pernah beli menan ni kat Yaya"
serius.. dah tua bangka macam ni pun, my hubby still ingat yang mak dia pernah beli satu set mainan Ninja Turtles masa kecik-kecik dulu. 4-5 dah dia dok ulang kisah menan tu jatuh lori masa nak pindah. betapa menan masa kecik ni sentimental nya kat jiwa kita sebenarnya..


ok.. kisah menan Yaya ni.. sebenarnya sanggup perabih duit (walaupun duit tak brapa ada pun nk perabih kan), sebabnya mak macam risau sikit pasal quality certain barang-barang menan ni. kalau kita belek betul-betul. ada menan yang tajam bucu-bucu nya. ye laa.. baby kan suka gigit-gigit. kang tak pasal robek pulak bibir baby. satu lagi kene make sure menan tu tak senang pecah, meaning solid. baby bukan setakat gigit menan, malah hempas.. campak.. humban sesuka hati... macam si Yaya ni.. dia leka menan baru kejap je. lepas 10 minit dah terburai bawah kerusi, nasib baik tak pecah, just tercabut rantai je, bole pasang balik...

kesimpulannya.. beli la menan yang berkualiti dan atas kemampuan. paling penting tak membahayakan baby.

Wednesday, January 20, 2010

Breast Pump and Milk Storage

requested from mommy to be, Ajied.
nak cari idea for breast pump and storage.

ni dia...pandangan kotak depan...

aku pakai avent. kenapa avent? sbb responses from kengkawan. dari 5 bintang, diorang bagi 4.
kebetulan around our budget. rasanya RM600++. kalau nak yang 5 bintang bole cuba madela. tapi harga pun 5 bintang la jugak.

tepi... ada instruction kat situ.. sila besarkan image kalau nk tgk.

yang ni, electric pump.. kalau nak pump manually pun bole. tp aku macam tak kose nak pump2 tangan ni ye. kau tau aku mmg pemalas.

ni isi antara dalam kotak, ada sekali ngan botol. tp botol tak cuci lagi so aku malas nak snap.
for electric pump ada 2 jenis, satu charge direct ke soket. satu lagi pakai battery. aku penah je duduk diam2 dalam kete, pump susu sbb dada sakit. masa tu bersyukur la sgt sbb ada yang jenis battery ni. kalau tak sure aku terkial-kial mcm ulat nk pump susu dalam kete. kenapa aku pump dalam kete? sbb aku kan keje sales, so kadang2 tak sempat aku nk cari proper place. kalau tak, surau mana2 mmg jadi target aku nk buat keje pengepam ni.

ni.. tempat nk letak susu. harga area RM60++. so masa nak pump pasang kan je storage ni kat pump. macam pix kat bawah ni.

then kalau nk susu kan baby, bole pasang ke terus puting kat storage tu. sila refer pix atas.

ok ajied? kalau aku ada masa, nanti aku blog pasal beg and tempat nak simpan susu masa kalau kita pump susu kat opis atau kat luar.

Tuesday, January 19, 2010

Masalah Perlindungan Data

masalah blog, gambar, data peribadi..etc kene ciplak, tiru,copy dan sewaktu dengan nya ni bukan masalah baru. sakitnya hati bila hak peribadi kita kene publish sesuka hati. lagi sakit hati kalau orang yang publish tu buat duit pulak kan. lagi teruk kalau pihak ketiga publish sesuka hati then mendatangkan fitnah.

setakat ni rasanya kita belum ada akta untuk masalah ni.. iaitu masalah perlindungan data.

petikan Utusan 20 April 2009 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

*cetusan idea blog hari ni dari topic blog Kak Red.

Monday, January 18, 2010

3 tahun lepas...


terjumpa picture2 lama dalam email. hari ni genap 3 tahun umur picture ni.
masa keje kat HP disty company.

T-shirt HP warna hijau tu, masih gantung dalam bilik dengan harapan.. hope bole muat semula satu hari nanti... diulangiiii satu hari nanti.. entah bila tah...

suka laa sangat cik kak ni...

with Damak.. mana kau skang?

terasa comel disamping abang2 gagah perkasa.

deco deco the curve for CNY.

sisi...

depan...

weee.. nice kan.
lagi tak sabar nak tunggu cuti masa CNY nanti.
plan? tak de plan sbb Mr J keje.

Practice bowling ngan kak ya...

my sister, kak ya... ada tournament bowling untuk staf2 kat office dia soon.
dari last friday dia hint nak practice.
malam tadi, after dinner kitaorang layan la kehendak dia.
mula-mula ke cineleisure, tapi ramai sangat. then kitaorang gerak ke OU.
rasanya almost setahun tak pegang bola bowling ni, beg bowling kitaorang memang berabuk tak ingat. zaman-zaman memula kawin dulu, ini laa antara aktiviti weekend kitaorang.
skang ni, saiz bola pun dah tak ingat. dan yang tak best nya, jari akak dah besar for my own ball.

dulu bertiga, Mr J, my sis and myself.. now ada penonton tambahan.

ok laa.. dia bole duduk diam-diam dalam stroller buat masa ni. tiap kali nak baling bola kene ada orang adang kat stroller, just in case takut bola terpelanting ke belakang. mana la tau kan.. (macam pernah jadi je..heheh)

muka happy eventho score kitaorang bawah seratus.

lepas habis bowling, akak berlari ke toilet cuci tangan sbb nk pegang baby. keluar je toilet terharu rasa hati tengok dua beranak ni. syukur.. kerana dikurniakan hubby yang tak payah disuruh-suruh.

Sunday, January 17, 2010

Nasi Lemak on Sunday...

ahad..
ialah hari masak-masak, hari makan dari air tangan isteri.
hakikat nya cik kak tak de la pandai masak pun,
tapi bila tengok Mr J sentiasa berselera bila makan kat rumah, semangat nak cuba masak tu berkobar-kobar...
teringat masa kecik-kecik dulu, bila mak panggil ke dapur kupas bawang. lepas habis kupas confirm hilang... sbb tak suka tumbuk bawang pakai lesung batu tu. sekarang baru tahu, kalau masak tumbuk pakai lesung tu lagi sedap dari blend. tapi kuasa la plak akak nak tumbuk kan... dah le percikan tumbuk-tumbuk tu buat akak spend masa nak mop lantai (saya ada sikit obses pasal lantai ye... lantai mesti bersih). lesung batu kat rumah ni, pakai kalau nak tumbuk sambal je... itupun harap kat Mr J atau adik terchenta ni yang buat :)

so...Mr J requested nasi lemak.


tak de kacang goreng...sbb Mr J tak suka kacang.
tak de ikan bilis goreng sbb cik kak tak suka.

nasi lemak version saya ada letak halba dengan halia.
tak payah letak daun pandan dah, sbb wangi halba tu dah cukup.
simple kan...?

okiee.. hepi sunday.


Saturday, January 16, 2010

My Valentine's Day


"Warner Bros. Entertainment Company is now giving away 80 pairs of Valentine’s Day

Premiere tickets for a 3 day advance premiere to Nuffnangers just by completing the following:

  • Pick a star cast from the movie (e.g. Jessica Alba, Ashton Kutcher, Anne Hathaway, Patrick Dempsey, Taylor Lautner, etc.)

  • Write a blog post titled ‘My Valentine’s Day’ and share how would your Valentine’s Day be if you could be spending that day with that star!

  • Comment in this blog post with the permalink of your written blog post."


how would my Valentine’s Day be if i could be spending that day with star!

owh.. i would love to spend my Valentine's Day with lovely duwey Patrick Dempsey...
reason?? entah... dunno. i just love to look at him. love his style...hair (off course!!!)
honestly, valentine's day will be quite a busy day.. bad traffic? definitely. everywhere you will see couples holding hands.. carrying a bouquet of roses (damn.. flowers will be very expensive on that day).. any exclusive restaurant has to prepare extra table for two... hehe.. do you notice that?? this is not sooo romantic moment for me...

my way to spend time with this star... will take him away from any busy city.



i will pick Pulau Tioman as an ideal place to spend time together. taking him off from his hectic life. why Pulau Tioman..? ok lets imagine how nice if you could walk together along the beach... chit chat while waiting for sunset, lying on the beach... capture all the nice view in your head with Patrick Dempsey with you. mmm.. this could be the best moment in my whole life...

crringggg.. wake up, stop imagining.
hope Nuffnang will pick me as one of the winners.
so that i can spend time with my busy hubby (Patrick Jupsy) for a movie.



Friday, January 15, 2010

apabila Yaya makan...

saya mula makan cereal since last 2 weeks...
rasa nya sedap...
kalau saya tengah makan, saya tak kisah mama nak amik gambar ke... mama panggil ke.
asal kan sudu sampai ke mulut saya...
mama! suap cepat-cepat! jangan berenti tengok tv, tengok tv iklan, tengok video clip...
tolong suap Yaya dulu sampai habis cereal dalam mangkuk tu..

cara-cara makan saya macam ni..

pasti kan sudu masuk betul-betul dalam mulut begini nye adik-adik, puan-puan sekelian

suap kan cereal...

dannnn... katup mulut cepat-cepat... kalau bole kemam kuat-kuat sudu tu sampai muka penyet macam ni.

cakk Yaya cakkkk

video

Yaya masa 5 bulan setengah...

suka sangat main tutup2 muka ni.
satu hari buat benda ni je pun dia layan je.

Solar dog atau anjing suria....

how to charge your phone pakai anjing???
terdengar pasal solar dog ni kat flyfm...



kita kat sini bole buat pakai kucing.. ayam.. itik...
BOLE???

Wednesday, January 13, 2010

cenonet mama dah 6 bulan...!

rasa macam baru je Yaya tendang2 dalam perut mama...
masa tu mama tengah text daddy suruh balik.. jgn keje malam tu.. tp daddy bz sgt...
mama duduk depan tv... nampak perut mama gerak-gerak...
pukul 4.30am mama teman kan auntie bersahur makan roti, konon nak ganti puasa..
mama bagitau auntie yang mama rasa sakit pinggang.. tp auntie jawab 'awak jangan buat lawak skang kak, tunggu je abg Ju balik!'
mama masuk bilik, baring.. tetiba rasa nak batuk, mama masuk bilik air then batuk kat sink,
tetiba air ketuban mama pecah...
mama drive sendiri subuh2 tu ke hospital sbb auntie dah panik, nasib baik hospital sgt2 dekat. (bangga OK :) )
mama tak dapat lahirkan Yaya cara normal sbb pintu tak bukak2 even dah pukul 10 malam. just 1 cm dari siang sampai malam.
pukul 11 start bedah.. Yaya lahir setengah jam kemudian.
sunguhhhh.. bila dengar suara Yaya nangis, hilang sakit satu hari suntuk tu...
Aryaa Hessa Erynna...
segala yang terbaik mama doa kan untuk Yaya..

4 weeks pregnancy

1 day old Yaya

7 days old

1 month old

2 months old

3 months old


4 months old

5 months old

SELAMAT 6 BULAN BABY YAYA!
lagi 6 bulan bukan title baby dah...
cepatnya masa berlalu...
but.. kenapa berat mama tak turun-turun ni? ishhhhhh....

macamana nak curi macam ni?

one of the games yang i addicted kat facebook ialah barn buddy.
well.. best sebab tak payah pikir...
syok je bila dapat curi-curi hasil tanaman member-member ni..
but what happen to this buddy...


dia bole tampal rumah atas plant dia..
keji la tektik kau ezadddd.... tak logik ok!

Tuesday, January 12, 2010

Kisah di hari jadi SHM, 11 January 2010

oleh kerna birthday jatuh on monday, maka tak banyak benda bole nak buat pun. my own way to celebrate birthday ialah pakai baju baru dari pagi sampai malam even baju tido skalipun. hehe.. baru la terasa special. since my makeup foundation dah habis, i straight away to my favorite boutique Bobbi Brown Pavilion. terus cari cik Sapphira Izwah, promoter paling lama kita kenal. (actually kitaorang satu sekolah).. selain dapat dengar gosip terbaru.. sila tengok apa yang kita dapat..

nice kan.. xoxo.

then lunch with cuzzy m4rilyn, owh ye.. birthday kitaorang dekat, she was born on 9th Jan.
m4rilyn, love u. hope kita dapat buat acara makan-makan macam ni tiap tahun. ketepikan hubby boyfriend kerja etc sekejap about a hour.. acara untuk kita berdua je. chewahhh..

malam, dating with Mr J and Yaya. Mr J teringin nk makan ribs kat Tony Roma (confused.. birthday sapa ni???)

ok.. ini dinner kitaorang!

hehe..tak de lah, rasanya kitaorang sama-sama order The Original Baby Back Ribs. sides item je lain-lain. pix tak sampai hati nak upload sebab muka daddy yaya nampak penat sangat semalam.

anyway sangat teruja dengan ais krim ni..

yaya makan apa?
yaya seperti biasa, kalau bawak keluar makan malam.. akan tertumpas.
bagusss.. senang kitaorang nak makan dengan aman. dah habis makan baru dia jaga.

tuan punya blog nak jugak tunjuk muka :)

hasil hadiah untuk diri sendiri...

Thanks daddy, love you.