Monday, January 25, 2010

Fisher Price keychain for Yaya...


kenapa laa nk beli barang-barang mainan kat baby mahal-mahal.. budak besar tungau tu bukan tau apa pun..
yup.. memang betul dia tak tau apa, tapi bila dia besar nanti, dia tengok gambar "oooo.. dulu mama pernah beli menan ni kat Yaya"
serius.. dah tua bangka macam ni pun, my hubby still ingat yang mak dia pernah beli satu set mainan Ninja Turtles masa kecik-kecik dulu. 4-5 dah dia dok ulang kisah menan tu jatuh lori masa nak pindah. betapa menan masa kecik ni sentimental nya kat jiwa kita sebenarnya..


ok.. kisah menan Yaya ni.. sebenarnya sanggup perabih duit (walaupun duit tak brapa ada pun nk perabih kan), sebabnya mak macam risau sikit pasal quality certain barang-barang menan ni. kalau kita belek betul-betul. ada menan yang tajam bucu-bucu nya. ye laa.. baby kan suka gigit-gigit. kang tak pasal robek pulak bibir baby. satu lagi kene make sure menan tu tak senang pecah, meaning solid. baby bukan setakat gigit menan, malah hempas.. campak.. humban sesuka hati... macam si Yaya ni.. dia leka menan baru kejap je. lepas 10 minit dah terburai bawah kerusi, nasib baik tak pecah, just tercabut rantai je, bole pasang balik...

kesimpulannya.. beli la menan yang berkualiti dan atas kemampuan. paling penting tak membahayakan baby.

0 comments: