sehingga lah Ziati tunjuk tempat favorite dia, kat Bandar Utama Center Point. A-Listers nama tempat ni. terus jatuh chenta sebab hasil kerja diorang sangat neat and tidy. maka cik kak pun jadi la pengunjung tetap every 2 weeks. tokey nya nama Lynn... very nice person, soft spoken, kalau dah start borak dengan dia macam dah kenal lama je.
then start dari hujung December 2009. Lynn ni bukak branch baru kat Sunway Giza. cik kak punya la happy sebab 5 minutes je dari rumah. tempat baru ni better, sebab besar dari kat Bandar Utama.
ok, apa itu threading??? adalah satu teknik atau skill menggunakan benang untuk membuang bulu, biasanya untuk sekitar kawasan muka seperti kening, atas bibir dan lain-lain. teknik ni dikatakan bermula di Middle East, India dan China. threading ni better than kita cukur, sebab skill ni cabut terus bulu sampai akar. so bulu baru nak tumbuh pun, amik masa 2 weeks berbanding kalau cukur kene buat tiap-tiap hari dan kulit jadi kasar.
sakit ke tak? depends.. kalau hang jenis kulit nipis sesangat sakit la kot... tapi kalau nak cantik, tahan jelah sakit yang sekejap tu, banding kalau hang nak plug satu-satu bulu-bulu kening tu jenuh la kan. macam cik kak, dah biasa tak de rasa sakit dah... huh tipu.. sebenarnya nak cabut sendiri memang tak reti.. risiko kening cacat sebelah adalah sangat tinggi. so better serahkan pada yang pakar.
tengokkk pix ni, muka Ira maintain rilex ok... tak sakit lah. kalau sakit sure si Ira ni dah guling-guling sagat muka kat carpet. Kan.. kan.. kan... Ira????
oh yee.. selain threading, A-Listers ada buat servis lain. you can check out pix kat atas ni... kalau tak nampak sila besar kan image. servis untuk lelaki pun ada, tambah another 30% dari price biasa.
kalau nak datang better buat appointment dulu. you can call to this number 03-61418177. sila bagitau nak datang pukul berapa, nak buat apa, then tinggalkan nama and nombor telefon.
mari kita view A-Listers Sunway Giza...
tempat menunggu... mewah weh. rasa macam kat rumah. Yaya memang buat macam rumah sendiri... kecik-kecik dah muka tak malu.
antara hiasan dalam A-Listers Sunway Giza, cantik kan lampu ni.. konsep kedai ni lebih kurang english style. combination colour banyak kepada hitam+pink+putih...
4 comments:
wahh sis, bagusnya. Ni I kena pergi ni. Level mana ehh?
Aduhai mesti sakitkan...
Pink Mama : level atas sekali.. dekat dgn adonis.. and kedai thai urut2 tu...
Mohd Razzid : sakit sekejap je...
hi Si Hitam Manis! Was just browsing and saw ur blog bout A-listers. Tho its been awhile, i hope you are still one of our regulars :) Thanks so much for recommending us. Really appreciate it :) xoxo
Post a Comment