Monday, August 30, 2010

Sila bagi salam...

perkara pertama sebelum bagi salam masa nak datang ke rumah ialah.. call atau sms dulu. tak kira la rumah anak sendiri ke.. adik.. abang.. kakak.. apa lagi anak sedara ipar duai bagai kan.
tolong lah paham.. sebab orang rumah mesti lah ada hal sendiri kan. memang la kau tak kisah or tak nak kacau.. tapi tak kan la tuan rumah nak buat bodo adap lap top buat keje... or biar kan badan masam tak mandi masa korang bertandang kan?

for me privacy adalah sangat mahal.. sebab? sebab my hubby keje shift hour.. even kadang-kadang dia ada kat rumah pun.. dia nak kene cover tido kalau turn night shift. cian kat hubby kalau tak cukup tido.. on my part pulak, memang la aku keje office hour, tapi tender submit-ion tak kira hari apa pun.. kalau kene due date hari ni, confirm la malam sebelum tu aku tak bole nak bangun kencing pun, dengan call memanjang masuk.. quote nak kene revise.. dengan anak lagi. so bayang kan la kalau ada orang tetiba ding dong depan pintu... dengan alasan nak datang singgah sebab ada kat area sini.. adusss.. bukan la marah.. tapi dengan keadaan macam ni, susah nak ikhlas. pernah sekali aku keluar pegi KL, tetiba ada cik kak ni datang mengejut, yang ada kat rumah masa tu hubby dengan baby je. kelam-kabut aku balik rumah harung segala jem.. tinggalkan segala apa tengah buat masa tu.

itu bab tetamu nak singgah, kalau tetamu yang nak duduk sehari dua tapi lagi 2-3 hari nak datang baru nak bagitau.. ni lagi macam angin sikit.. sebab? paham-paham je lah kalau kitaorang dah plan nak pegi sana sini, terpaksa cancel. itu tak pe lagi, dibuatnya hari yang kau nak duduk sini tu, hubby memang tak de kt rumah langsung.. tak ke terkejar aku nak kemas rumah, nak masak.. tak kan la nak biar orang duduk tido sini dengan bilik air tak basuh, cadar tak tukar.. stok makanan nak hidang tak de. memang la kau bole cakap.. tak pe.. tak kisah pun semua tu. TAPI aku kesah ok.

kalau orang nak complain kat mak aku sebab aku kurang ajar tak kasi datang umah sebab tak bagitau awal-awal, aku macam tak kisah pun. sebab rasanya setakat ni insyaAllah aku tak nak susah kan orang macamana orang pernah buat.

1 comments:

si biskut said...

salam...nak kena ketuk dulu ker?hehe..