Wednesday, February 22, 2012

Yaya with her BFF Kayla



budak-budak ni ditemukan sejak umur dua bulan... beza umur pun just seminggu.

skang tengok... tengokkkk.. dah anak dara dah budak-budak ni. geletis tak?

Saturday, February 11, 2012

i'm back to work...


syukur... berupaya untuk kembali bekerja... tak semua orang mampu nak start balik keje lepas beranak... selain atas faktor kesihatan ada juga atas faktor tak mampu nak pisah ngan baby ataupun baby tak de orang nak jaga...

my baby buat masa ni antar kat babysitter yang sama jaga Yaya. so tak de la rasa gundah gelana nak tinggal baby since dah kenal dan tahu dia jaga budak macamana. tapi 'masak' la jugak badan, penat ok bila pagi-pagi buta dah terhegeh nak angkut 2 anak pegi ke hujung block. dah la rumah aku ni naik turun tangga. dibuatnya masa tu angin Yaya tak elok, tak nak jalan sendiri sebab ngantuk, bole pitam dukung 2 budak serentak.

"dah kurus ke belum?" ini adalah ayat yang almost hari-hari buat aku tersentap... asal client call je, sume tanya soklan tu. ok.. honestly tak de la kurus cepat sangat. but ok laa.. still ada extra 3 kilo je lagi. badan aku mengembang walaupun berat tak banyak sebab dapat penyakit lepas beranak hari tu. (aku still memaki nasi kukus penyebab aku terberanak awal ni.. nanti laa aku cite. still rasa tak ready. marah sangat-sangat lagi) baju-baju yang ikut body dah bole muat, cuma tak tergamak nak pakai. buat seksa mata orang je. tapi kelmarin, dengan rasa bangga nya dah berjaya sarung kebaya (kebaya longgar).

well.. wajah terbaru mak 2 anak.

Saturday, January 28, 2012

Bila Si Kakak nak perhatian...


"Mama.. Yaya emam (demam)" masa mula-mula dia bagitau sambil tangan letak kat dahi.. aku punya laa cuak. amik tempreture.. aikkk tak demam pun. tapi bila tengok dia lembik (buat-buat lembik) aku pun letak laa si adik, terus dukung Yaya sambil belai-belai... suap dia makan... dodoikan tido... membiarkan adik yang terkuak-kuak dalam bilik sampai terdiam sendiri sebab kesian kan si Yaya.

esok.. lusa.. tulat.. masih tektik yang sama ok.. bolayan....

Thursday, January 26, 2012

Baju-baju baby boy...


tiap kali masuk kedai baju baby konon nak beli baju Annick, end up keluar kedai beli baju Yaya berhelai-helai... apsal aku rasa baju baby boy macam tak menarik? selera nak beli pun tak de.. beli baju Annick pun sebab dah tak de baju... kat mana nak beli baju baby boy yang cantik-cantik? baju-baju Yaya penuh satu almari.. baju Annick? satu drawer pun tak lepas... tolong!

Tuesday, January 17, 2012

Tips didik anak dari Wardina - mesti tonton

just want to share.. tip-tip yang sangat menarik dan logik...



Monday, January 16, 2012

Kisah dress itu..




ramai plak tanya pasal dress putih yang aku pakai masa dinner yang aku publish lama dulu http://www.blogsihitammanis.blogspot.com/2011/06/glowing-mama-pegi-dinner.html

percaya atau tidak, baju ni below 200. mana nak cari? aku beli kat kedai2 atas kedai.. kat area the strand kota damansara ni ada banyak kedai-kedai korea.. pepandai laa nak cari kan. sebab ada banyak kedai kat situ. memang jenuh jugak naik turun tangga.

malam nak gi dinner, lepas lunch pada hari yang sana baru aku terkinja nak cari baju. masa tu jugak alter baju, kasi pendek skit sebab kita ni 'tinggi'. balik mandi, amik baju yang anto alter tadi, terus gi buat rambut & make up. and siappppp....

orang patut aku berterima kasih ialah


JLO kerna memberi idea...
walaupun tak sama.. sipi-sipi pun ok laa kan..



Sunday, January 15, 2012

kisah saya selepas berpantang...


selepas 2 minggu berpantang, berat turun 7 kilo terus. then berat start degil, slowly turun sekilo sebulan.. mmm.. tak kisah laa kan.. asal sihat. itu target sebenar.. nak sihat. tak sanggup nak tanggung sakit kepala yang macam nak pecah kepala sejak kuar spital hari tu.. rupanya kene attack darah tinggi.. aneh tak? orang biasa kene penyakit masa pregnant, aku kene lepas beranak. mungkin sebab suffer dari sakit yang pelbagai tu yang buat badan pressure plus tak cukup tido.

nanti laa kalau hati tabah, aku cerita laa macamana teruk sakit dari sebelum beranak sampai terberanak.. then lepas beranak badan kembang. muka macam belon.. kaki sampai tak nampak buku lali.. rupa aku dah lagi gemuk dari masa pregnant masa tu. bila teringat-ingat, serik seram sejuk rasa.

ini dia muka terlatest.. masih kembang walaupun just 4 kilo je lagi target dari berat sebelum pregnant. walaupun 4 kilo je, tapi aku kembang macam ada 10 kilo lemak terlebih. lagi 2 minggu je lagi nak start keje, kalau ada sore-sore yang mengomen aku gemuks.. aku akan ketepikan kan aje dan bersyukur yang aku masih kuat sihat untuk jaga dan susu kan anak.