Sunday, January 23, 2011

astro first : Aku Masih Dara


saya suka sangat bila bole tengok movie kat umah ni...
my astro first movie.. Aku Masih Dara. sesapa nak baca sinopsis sila ke blog http://myapih.blogspot.com/2010/12/aku-masih-dara.html

pix from google

pada pendapat saya, cerita ni ok. tapi plot cerita lemah sikit.. antara nya :-

1. watak Sofea anak kacukan.. tapi Raja Farah tak de langsung menepati wajah anak kacukan.
2. masa adegan Sofea tengok mak bapak dia minum arak... saya heran apsal watak2 sampingan as kawan2 parents dia, semua muka kampung?... kalau ye pun watak sampingan.. amik laa yang muka TV skit.
3. kalau korang dengar betul2.. between Sofea ngan mak bapak dia borak pasal cuti tu. grammar ada failed skit. saya rasa benda macam ni kene tapis betul2.. sebab movie ni satu dunia tengok.
4. pasal aleesya.. datang period. tunjuk darah period atas tisu kat Hani. aku macam haaa? ade ke pompuan buat macam tu? logik ke?
5. pasal Zack, bukan dia ke yang letak dadah dalam beg Hani. pastu dia nak ngamuk2 kata Hani amik barang dia.. siap datang kampung orang bertikam-tikam depan umah orang apsal?
6. Firdaus kene tikam kat perut, tapi hujung cerita Fidaus pakai bedung tangan. motif?

part yang saya suka dalam cerita ni.. banyakkkkk. tapi saya bagi 3 jee.. sbb selain apa yang saya list kat atas.. yang lain ok.

1. saya tak pernah tau ada artis lelaki kacak hensem macam Ashraf Muslim sebelum ni. (sorry.. saya kurang tengok TV)
2. suka pelakon watak Aleesya.. comel.. selamba.
3. suka dengar dialog2 Firdaus.
4. rasa nak pegi Cameron (ok ni out of topic)

komen2 adalah untuk membina dan pendapat.. bukan mengutuk.
Harap Maklum.


Saturday, January 22, 2011

Hari tertekan, disudahi dengan gumbira



sepanjang tahun, apa yang paling tertekan bagi seorang account manager?
semestinya lah Kick Off Meeting.
bicara masalah... numbers.. presentation... quota...
apa pun tertekan.. hati kene ikhlas nak cari makan... cari duit...
kalau nak lari masalah.. pegi mana-mana pun sama je.. masalah tetap ada..
sedar tak sedar.. dah almost 4 years kat company ni..

kebetulan bulan ni ada 2 January babies... share the same date...
ada suprised cake... xoxo
rasanya.. sepanjang hidup ni.. tahun ni paling banyak kot tiup lilin...
terima kasih kengkawan.. terima kasih daun keladi boss...
saya rasa dihargai dan disayangi..

seterusnya pix2 bercerita...

the team

tea time

lunch

disudahi dengan karaoke sampai muak tapi gumbira

Wednesday, December 22, 2010

ikan pekasam pengikat kasih sayang



mana korang nak jumpa title macam ni? poyo kan LOL
serius laa teringin nak makan masak simple-simple
teringat ikan pekasam yang beli kat mersing hari tu ada sekor lagi..
dalam peti ada cili padi.. laju jee plan masak..
ala bukan susah pun...

basuh ikan pekasam pastu tos kan.. bagi air kering skit. kalau tak bole meletup or memercik abis kotor lantai dapur...
ikan pekasam goreng garing..


macam kat gambar ni.. dah garing sangat.. few second lagi bole hangus...

bawang besar, bawang putih dengan cili padi mayang ikut suka hati.. ada org suka potong bulat.. ada serong2.. lantak laa macamana gaya potong pun... kalau dapat jenis mak mertua tak kisah tak pe. kalau jenis kisah, sila potong bulat supaya nmpk cantik.

lepas angkat ikan tadi, terus masukkan bahan2 yang dimayang. goreng sampai layu atau berubah warna. angkat terus tabur atas ikan.

masa nak makan, perah limau kasturi, makan masa nasi panas-panas.
selamat bersantap.

hati mama kacau


skit-skit cerita anak... skit-skit cerita anak
orang ade anak kecik... lagi2 anak sulung.. mmg cenggini laa perangai..
sapa yang belum kawin.. mmg boring laa baca blog aku yang tak seberapa ni...

kali ni kisah yaya lagi.. (ye laa.. Yaya sorg je pun anak yg ada stakat ni kan)
entah laa budak. mmg dilahirkan buat kita sejuk hati kot.
hari tu babysitter cerita.. Yaya cium dia lepas semayang..
tersentuh plak aku dengar...

bebaru ni.. apa dia mintak?


mintak pakai telekung semayang OK!
hati sapa tak kacau??



mmm... mana nak cari telekung semayang budak bawah 2 tahun yek?

Tuesday, December 14, 2010

aku pegi Maysaa



punya lah berpatah arang mencari Solaris Dutamas, pastu tawaf cari parking yang macam haram. samapai je sana.. 'banyaknya Yuna'... sana sini berfesyen.. majority bertudung.. kurus.. umur area umur below 30. terasa tua aku kat sana ok.
kitaorang sampai sana dah kul 3.15pm. show belum start, orang beratur panjang.. sesak... bila aku tgk jam dah pukul 4.. still beratur dan belum start.. aku pikir kul brapa aku nak balik kalau mcm ni. tak pe lah...
pusing2.. belek baju.. tak banyak choice.

sebelah tempat show ni ada pameran seni.
setara bukan berjiwa seni, jadi bosan.. kitaorang pun turun.

lepak pappa rich lebih memberi makna untuk hari tu.
makan2 borak2 jugak yg jadi activity terbaekk :)

Tuesday, December 7, 2010

harus kah cuba Premium Beautiful?


serius laaa.. hati macam berkobar-kobar nak beli korset ni.
tapi banyak priority maka ketepikan dulu.

last week, lepak The Curve terserempak dgn DDM yang glamer jual benda ni,
MasyaAllah.. gemuk nya dia.
yeee.. mmg laa benda ni bukan setakat untuk kurus.. tapi dia buat kita pikir balik dan pikir banyak kali.. pembentukan badan apakah yang dicontohkan oleh DDM terkenaan? harus kah? benarkah? bukan nak kutuk, just sangat ragu-ragu sekarang.


I'm back...


rindu kat blog sini.
since ramai yang tanya (bukan ramai sgt.. just 2-3 orang) kenapa lama tak update.
ok.. here i am.

banyak sangat nak tulis, tapi masa sangat terhad.
duduk depan cik lappy ni hanya buat kerja office, itupun banyak kerja terbengkalai.
kepala hanya fikir pasal numbers/sales yang nak bawak masuk sampai hujung tahun ni.. errgghh so near tapi macam tak dapat nak achieve kot.

about Yaya.. dah ada first sentence 'nak beyak keee?' = nak berak ke?
alahai Yaya, dalam banyak2 ayat.. itu yang kau dapat.