Thursday, November 17, 2011

bila dah 38 minggu.. anda bertaraf sarat mengandung..


muka bengkak...
jari kembang...
kaki sembab...
jalan pun peha bertemu peha...
kencing tiap setangah jam sekali...
tido dah tak lena, sesak nafas...
perut keras tak terkata...
kutil start naik kat muka dan merata tempat..
semuanya serba tak kena... tapi apa bole buat, sabar aje...

minyak nya muka, anggap je lah seri wajah supaya tak rasa bersalah upload jugak pix ni hikkss..

but i'm glad, rasa bertuah dan sangat bersyukur diberi peluang untuk merasa pengalaman macam ni...
rasa bertuah mempunyai zuriat yang akan mendoakan kita selepas hayat...
rasa bertuah dikurniakan amanah...

ok.. habis emo...

anak manja daddy.

Mr J pun.. kalau anak duduk kat perut pun rela je. cuba mak Yaya nak duduk kat situ...
demam pun tak dapat kay.

Wednesday, November 16, 2011

Kopi luwak punya cerita...

pix dari google

isu halal atau haram kopi luwak ni tak menjadi masalah pada aku...
sebab.. tekak ini memang tak tergamak nak telan apa-apa yang diketahui keluar dari BONTOT.
najis tetap najis...
samada lepas penyucian atau tidak.. ianya tetap najis.

senang tak kesimpulan aku...

Info to share - Panduan mendidik anak

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Monday, November 14, 2011

Bila muka ketat tunjuk gigi...



For those yang kenal my daugther, dia memang jenis susah sangat nak senyum...
kalau ada pix yang senyum tu sumpah secara tak sengaja, bukan nya sebab disuruh...
but this pix is different...
sebab ni first time senyum dengan rela...


Saturday, November 12, 2011

My heart melted...


entah kenapa...
tetiba hari ni rasa cair je bila tengok Mr J tido kan Yaya...

ohh salah kan hormone... tetiba jek.

sekarang dah 37 minggu mengandung... tunggu hari tunggu masa...
perut dah rasa ke bawah... kalau ikut kan hati jalan mengengkang memang sedap, tapi mengenangkan tak senonohnya orang tengok kan? mak cuba control ayu..

ada beberapa family member and kengkawan suruh beranak tarikh 20.11.2011.
tapi bila mengenangkan tarikh cantik tu confirmed laa doctor busy...
sebagai orang yang mementingkan diri sendiri...
tak kisah lah beranak tarikh apa pun asal doctor dapat focus dan tak berlaku apa-apa yang tidak diingini..

InsyaAllah semua nya akan selamat dan dipermudahlan...
Amin.

Friday, November 11, 2011

apa nak buat bila anak asyik bukak peti makan coklat?


dalam satu jam aku rasa ada 5 kali pintu peti ni berdetup bukak katup dek yaya ni...
bila sorok coklat, selagi tak jumpa ditanyanya...
solutionnya...
amat berkesan....

beli kat toys'r'us... aku sendiri pun ada masa terkejut tengok menatang ni tenggek dalam peti ais.

asal degil tak nak susu, tak nak mandi, tak nak tido on time, tak nak kemas mainan....
lipas ni tunjuk je.. terus behave...
sangat memudahkan keje....
terima kasih lipas plastik.

Friday, November 4, 2011

Who stole your petrol cover la...




actually tak hilang laa..
just patah.. dan tercabut...
dan dipercayai pernah dikopak dan minyak dah selamat kene sedut..
masalahnya aku tak perasan pun bila dan kat mana benda ni jadi..
sedar-sedar cover dah rosak.. dan bila ingat-ingat balik pernah satu kali tu isi minyak penuh waktu pagi.. esok nya dah kosong.. kene isi semula.. padahal pegi balik keje je...
bongok laa pencuri minyak ni...


ini bukan pencuri minyak...
ini kisah cekodok berminyak.. sebab kurang tepung...
tapi sebab cuaca hujan sejuk... cekodok panas dengan teh strawberry panas adalah terbaik...
belasah makan bersama budak comot ni...
hari yang best akhirnya...

Tuesday, October 25, 2011

Hantu mini - version kak limah



Biasanya masa solat si Yaya ni sure menyibuk kat sebelah,
tapi kali ni tak de plak budak sujud sesama.. ingat kan tengok TV..
rupa-rupanya.. dia jumpa bedak dalam laci dan ini lah hasilnya kannnnnn...


muka tertangkap...


selamba sambung main tanpa rasa bersalah...

adegan tarik-menarik bedak.. sekaligus pergaduhan anak-beranak.

*orang yang paling tension pada hari itu ialah DADDY.. sebab kene kemas the mess walaupun baru balik keje. Mama loya bau bedakkk XoXo...

Wednesday, July 6, 2011

Suatu hari di kedai lampu orang kaya


gatal kaki masuk kedai candeliar lamp kat kota damansara.
berpinau mata tengok lampu-lampu mergelapan.

aku : apek.. ini lampu macamana mau cuci..
apek : oo senang ajeee..
aku : ye laa senang.. macamana nak cuci.. nak kene lap satu-satu ke crystal ni.
apek : tak payah lap!.. panggil maid cuci maaa...


harus tak aku tampar apek ni?




Saturday, July 2, 2011

Kenapa saya belajar masak?

haha.. sure korang pening kan, kejap aku kejap saya.. belasah aje lah. kali ni ngomel tanpa gambar. sebab kalau letak gambar jadi lapar... tengah duduk sengsorang memalam ni.. memang asyik ingat makan. alasan basi.. sebab saya makan untuk dua orang yeeee...

ok.. kenapa saya belajar masak? walaupun hakikatnya masa duduk ngan mak, amatlah tak suka duduk dapur, lebih rela amik tugas basuh kain kemas rumah dari menggulai. tapi datang seru pada satu hari masa balik kampung, terharu tengok pak sedara makan my mum's cooks. katanya dah lama tak makan lauk rumah. ni kes wife tak pandai masak yee hadirin sekalian. timbul laa insaf kat hati aku lebih-lebih lagi bila tengok anak beranak pulun sama. padahal mak masak sempoi je.. masak lemak taugeh, ikan kembong goreng ngan sambal belacan. masa tu aku tengah belajar kat U kot. balik je JB, slow-slow aku belajar masak from Kimball ngan budak umah lain tanpa rasa malu. nasib baik budak umah aku paham, walaupun kadang-kadang apa aku masak tu tak jadi.. diorang makan aje :) then ajar lagi sampai terer. penah aku masak sambal telur, sambal rasa pahit.. tah apa yang tak kene. esok nya Kay ajar lagi.. thanks frenss..

kesimpulannya, meh laa kita belajar masak, basic pun jadi lah kan. then belajar masak ni, tak terhad kat pompuan aje, laki pun kene. kalau bini sakit, tak kan laa hari-hari nak balun tapau. sapa kata masak ni keje orang perempuan? ni pikiran orang melayu je sebenarnya, aku tengok orang putih belambak masak, melambak lelaki jadi chef.
actually banyak lagi reason aku belajar masak. sebabnya meh aku senarai kan dalam point :-

- tak nak biar hubby and anak-anak kempunan air tangan kita. biar laa simple, tapi dari air tangan kita sendiri daripada melahap masakan orang lain. kalau kaya sekalipun, jangan biar maid masak, suruh dia prepare je, biar kita yang gulai goreng.
- masa raya atau musim perayaan selalunya banyak kedai tutup, kadang2 sampai seminggu. kalau tak reti masak, tak kan nak makan megi sampai seminggu kan. kalau nak harap makan open house sekalipun, bole ke hari-hari telan nasi tomato ketupat rendang.
- bila dah ada baby, genap baby 6 bulan dah start makan solid food. nak jugak kene masak bubur.
- masakan kita terjamin bersih. kita tengok sendiri sayur daging basuh bersih.
- aku tak suka makan ada MSG or ajinomoto. kalau lauk beli, confirm laa kan ada benda ni. tak bagus untuk kesihatan ok.
- masak kat rumah jimat, bole control portion, amik sikit-sikit. lauk bole makan siang malam, kalau tak habis bole simpan. kalau kat kedai.. kita rasa sayang kalau tak habis kan satu pinggan sebab dah bayo.

banyak reason lain, tapi tak larat nak taip dah.. kul 215 pagi ni...

mari kita 'kesedarkan' diri untuk belajo masak...

Monday, June 13, 2011

Glowing mama pegi dinner...



2nd trimester adalah masa ibu-ibu mengandung nampak paling cantik. sebab? glowing skin gitu. kalau idak, muka aku laa yang kusam. selagi tak make up.. orang tengok takut. sekusam-kusam aku, dikurniakan tuhan dengan suami yang muka halus mulus. adil kan? tak pasal kene belajo jaga muka ngikut kekdah.

kebetulan ada dinnner office, amik kesempatan untuk bercantik-cantik dan abadi kan kenangan.

dah nampak berisi kan? sebab hakikatnya diri memang tak brapa kurus. sejak mengandung ni, baru naik 2 kilo.. berdezusss cepat je nampak tembam. masa ngandung ni, makan apa pun sedapppp.. lagi-lagi orang keliling galak makan. memang aku dah bersedia untuk gemuk kemudian nyesal. tapi bila lagi laa kan nak tengok diri sendiri demuk-domok chomellll... lepas beranak pandai-pandai laa exercise.

mari cerita pasal gambo...


bersama boss (duduk, tengah baju hitam) and budak-budak office. ramai kata boss aku hensem... tapi awas laa kan, bila dah status boss tu, ko tak rasa dah dia hensem.

kita dapat nombor dua for best dressed. rasanya orang vote sebab tak biasa tengok aku melawo kot. hahaha.. hampeh tak.

budak-budak office private sector.

srikandi goverment sector.

Friday, May 20, 2011

Anak dara rajin


nak kata mama sapu sampah hari-hari pun tidak
tapi budak ni bole follow routine sapu sampah.

mulakan dari sini..
lagiiii....
bawah meja..
yeaaa.. habis..

sapa nak book anak saya jadi menantu, kene buat dari sekarang :)

cepat je budak ni dah beso..

sekali-sekala terkenang masa Yaya baru lahir dulu...

love u Yaya...

Sunday, May 15, 2011

Bila ibu ngandung terpaksa outstation




tak tau laa ibu lain.. tapi kalau ibu Yaya yang ngandung, bila kene outstation habis satu family angkut. harus daddy kene jadi tukang drive dan anak wajib bawak. kebetulan jugak dah lama tak jenjalan.. maka jommmm ke kemaman.

mana kitaorang stay?
Awana Kijal Kemaman.
sapa sangka kat kemaman ada hotel best?

sampai sana dah lewat petang, kesian tengok yaya tenung laut dari tingkap aloololoooo... esok yee sayang. mama ada dinner malam ni.

lepas dinner, spend time with Mr J and Yaya kat cafe bawah.

tengok muka si yaya, tengah geram nak ketuk gelas dengan sudu.


esok nya after meeting habis... bawak si yaya turun. baru tahu hari tu, rupanya si Yaya ni gayat lif. punya laa pujuk suruh dukung sebelum masuk lif, rupanya ada makna.

ppssttt.. peyot mama dah nampak kan? comey tak :)

bukan setakat gayat lif, budak ni geli pasir pandai jugaaakkkk...
melolong mintak dukung.. bila kaki kene pasir dia punya ''eeeeiiiii yakkkkk" macam pijak taik.

akhirnya ke swimming pool, baru laa nampk muka senyum Yaya. happy sampai tak nak balik.

Thursday, March 31, 2011

A bundle of joy



happy happy happy...
alhamdullilah dikurniakan nikmat sebegini...
pregnant adalah satu nikmat keseronokan bagi seorang wanita...
semoga dipermudahkan segala urusan...


muka budak nak jadi kakak.....

suruh ngaji... benda lain plak dia buat

Monday, February 7, 2011

Macamana nak kurangkan panas badan anak tanpa ubat-ubatan/medication...




cinta hati saya demam setelah sekian lama tak kene...
last demam campak masa 9 bulan... sekarang dah 18 bulan, kira ok laa kan.

just nak share macamana nak kurangkan panas badan budak tanpa ubat-ubatan/medication.
ubat-ubatan bukan tak penting.. cuma kalau bole cuba laa kurang kan. kalau dah naik panas smpi 39-40 darjah celcius tu... bawak laa ke hospital cepat-cepat, tak payah buat-buat macho plak.

beberapa methods yang bole kita cuba :-

1. letak kan kain basah kat dahi. lagi senang pakai kan pelekat 'cool fever'. kalau budak bangun melasak pun tak de la tercabut.


kalau tak jumpa paket baby, pakai yang toddler pun ok. tapi kerat dua.

petua orang tua-tua, letak air asam jawa kat kepala. tapi saya dah tanya doktor. air asam jawa tu tak de relevan dengan demam sebenarnya. just air memang bole bagi sejuk kepala. elakkan letak air kat ubun-ubun masa badan panas... sebab panas badan kita keluar ikut situ.. kalau letak air bole memburukkan keadaan terutama untuk baby. saya tak suka letak air asam jawa sebab lepas tu jenuh dah basuh.. melekit.

2. mandikan dengan air suam.. AIR SUAM ye.... paling bagus kalau start jirus air dari kaki ke atas secara perlahan-lahan supaya panas keluar dan badan tak terkejut.

3. minum air banyak... slow-slow offer budak air sikit-sikit supaya tak dehydrated. kalau refuse susu, cuba benda lain macam yugort. kalau tak cukup air, silap-silap sakit lain plak datang.. contohnya poopoo keras, sakit mata...

4. kipas... jangan pakai air-cond. biar kan keadaan sekeliling dengan suhu bilik sederhana dan berangin.

5. pakai kan baju nipis... supaya haba keluar. kalau budak mengigil, selimut kan dengan selimut nipis. or peluk lah sekejap.. budak-budak masa ni laa nak manja lebih sikit.

6. stay indoor. jangan laa bawak budak demam pegi paso.. supermarket segala bagai. bukan stakat bole berjangkit... suhu luar kan berbagai.. untuk elakkan suhu badan mengejut.

pix.. anak manja saya melepet. memanjang berdukung.

Sunday, February 6, 2011

aksi Yaya ke school



actually tak de school lagi..
Yaya baru 18 months old... tak payah pressure budak kecik pegi sekolah.
beg galas tu.. just isi botol susu, diapers, wet tissue and kain busuk Yaya.
duduk KL ni, even keluar kejap tetap kene bekal semua tu. mana laa tau terlajak berjalan or jalan jem...
Yaya skang dah pandai nak naik turun tangga sendiri...
tapi berejam laa nak sampai...
tapi untuk bagi dia belajar.. sabar ajee...

daddy with his new hair...
sangat la better daripada rambut panjang dulu.. kannnn?

Sebesar-besar rumah...


Sebesar-besar rumah.. seluas-luas katil... sebanyak-banyak kerusi...


balik-balik kat sini jugak tempat dia nak duduk baring...
auntie tu dah laaa nipis macam tu...
nasib auntie laa kan.

Friday, February 4, 2011

Membuang toksin badan dengan Kinohimitsu


lately bila bangun pagi rasa liat sungguh.. bukan sebab cuaca sejuk.. tapi sebab rasa letih.. padahal dah tido awal. mula pikir macam2.. apa laa yang tak kene dengan badan. dah laa asyik keluar bintat-bintat macam kene gigit nyamuk kat muka.. pantang makan seafood je... kompem naik bintat.

tergerak laa hati nak buat detox...
mana tahu badan banyak toksin...
menyinggah ke Guardian daann grab ini...


cara nak pakai ada belakang kotak.. sila baca sendiri.


kene pakai sebelum tido...


dan besok pagi bangun.. excited nak bukak..
tapi bila tengok hasil nya.. bukan setakat kagum.. nak muntah pun ada.


hitam ok! siap ada bintik2 macam darah keluar.
second day cuba pun samaa...
memang kalau ikut instruction kene pakai sampai putih.. maknanya bila dah start bukak pelekat tu main hari makin cerah.. kira toksin dalam badan dah clear lah..
tapi kan.. sepasang kotak tu dah RM29. mampus laa nak beli berkotak-kotak
baik laa telan green tea jee hari-hari. tak kuasa...


Tuesday, February 1, 2011

kasut strawberry....



firstly thanks to Mak Wa for the shoes...
Yaya suka sangat... sampai tido dengan kasut strawberry.
segala-gala nya dengan kasut strawberry.

bangun tido, terus pakai kasut.

sebelum start susu, kene bukak TV. kasut juga sudah mesti.

Sunday, January 23, 2011

astro first : Aku Masih Dara


saya suka sangat bila bole tengok movie kat umah ni...
my astro first movie.. Aku Masih Dara. sesapa nak baca sinopsis sila ke blog http://myapih.blogspot.com/2010/12/aku-masih-dara.html

pix from google

pada pendapat saya, cerita ni ok. tapi plot cerita lemah sikit.. antara nya :-

1. watak Sofea anak kacukan.. tapi Raja Farah tak de langsung menepati wajah anak kacukan.
2. masa adegan Sofea tengok mak bapak dia minum arak... saya heran apsal watak2 sampingan as kawan2 parents dia, semua muka kampung?... kalau ye pun watak sampingan.. amik laa yang muka TV skit.
3. kalau korang dengar betul2.. between Sofea ngan mak bapak dia borak pasal cuti tu. grammar ada failed skit. saya rasa benda macam ni kene tapis betul2.. sebab movie ni satu dunia tengok.
4. pasal aleesya.. datang period. tunjuk darah period atas tisu kat Hani. aku macam haaa? ade ke pompuan buat macam tu? logik ke?
5. pasal Zack, bukan dia ke yang letak dadah dalam beg Hani. pastu dia nak ngamuk2 kata Hani amik barang dia.. siap datang kampung orang bertikam-tikam depan umah orang apsal?
6. Firdaus kene tikam kat perut, tapi hujung cerita Fidaus pakai bedung tangan. motif?

part yang saya suka dalam cerita ni.. banyakkkkk. tapi saya bagi 3 jee.. sbb selain apa yang saya list kat atas.. yang lain ok.

1. saya tak pernah tau ada artis lelaki kacak hensem macam Ashraf Muslim sebelum ni. (sorry.. saya kurang tengok TV)
2. suka pelakon watak Aleesya.. comel.. selamba.
3. suka dengar dialog2 Firdaus.
4. rasa nak pegi Cameron (ok ni out of topic)

komen2 adalah untuk membina dan pendapat.. bukan mengutuk.
Harap Maklum.


Saturday, January 22, 2011

Hari tertekan, disudahi dengan gumbira



sepanjang tahun, apa yang paling tertekan bagi seorang account manager?
semestinya lah Kick Off Meeting.
bicara masalah... numbers.. presentation... quota...
apa pun tertekan.. hati kene ikhlas nak cari makan... cari duit...
kalau nak lari masalah.. pegi mana-mana pun sama je.. masalah tetap ada..
sedar tak sedar.. dah almost 4 years kat company ni..

kebetulan bulan ni ada 2 January babies... share the same date...
ada suprised cake... xoxo
rasanya.. sepanjang hidup ni.. tahun ni paling banyak kot tiup lilin...
terima kasih kengkawan.. terima kasih daun keladi boss...
saya rasa dihargai dan disayangi..

seterusnya pix2 bercerita...

the team

tea time

lunch

disudahi dengan karaoke sampai muak tapi gumbira