selepas 2 minggu berpantang, berat turun 7 kilo terus. then berat start degil, slowly turun sekilo sebulan.. mmm.. tak kisah laa kan.. asal sihat. itu target sebenar.. nak sihat. tak sanggup nak tanggung sakit kepala yang macam nak pecah kepala sejak kuar spital hari tu.. rupanya kene attack darah tinggi.. aneh tak? orang biasa kene penyakit masa pregnant, aku kene lepas beranak. mungkin sebab suffer dari sakit yang pelbagai tu yang buat badan pressure plus tak cukup tido.
nanti laa kalau hati tabah, aku cerita laa macamana teruk sakit dari sebelum beranak sampai terberanak.. then lepas beranak badan kembang. muka macam belon.. kaki sampai tak nampak buku lali.. rupa aku dah lagi gemuk dari masa pregnant masa tu. bila teringat-ingat, serik seram sejuk rasa.
ini dia muka terlatest.. masih kembang walaupun just 4 kilo je lagi target dari berat sebelum pregnant. walaupun 4 kilo je, tapi aku kembang macam ada 10 kilo lemak terlebih. lagi 2 minggu je lagi nak start keje, kalau ada sore-sore yang mengomen aku gemuks.. aku akan ketepikan kan aje dan bersyukur yang aku masih kuat sihat untuk jaga dan susu kan anak.
0 comments:
Post a Comment