Showing posts with label Campaign. Show all posts
Showing posts with label Campaign. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Mari threading kening di A-Listers Sunway Giza.

first time buat threading ni ada laa 4-5 tahun lepas kot, my friend Farah yang bawak kat satu kedai india kat bangsar sebelah dengan kedai mamak. famous jugak tempat tu... apa tah nama kedai tu. bila dah pindah ke damansara, jenuh la jugak nak ke bangsar semata-mata nak threading. ada juga cuba tempat lain tapi macam tak berapa ok.

sehingga lah Ziati tunjuk tempat favorite dia, kat Bandar Utama Center Point. A-Listers nama tempat ni. terus jatuh chenta sebab hasil kerja diorang sangat neat and tidy. maka cik kak pun jadi la pengunjung tetap every 2 weeks. tokey nya nama Lynn... very nice person, soft spoken, kalau dah start borak dengan dia macam dah kenal lama je.

then start dari hujung December 2009. Lynn ni bukak branch baru kat Sunway Giza. cik kak punya la happy sebab 5 minutes je dari rumah. tempat baru ni better, sebab besar dari kat Bandar Utama.


ok, apa itu threading??? adalah satu teknik atau skill menggunakan benang untuk membuang bulu, biasanya untuk sekitar kawasan muka seperti kening, atas bibir dan lain-lain. teknik ni dikatakan bermula di Middle East, India dan China. threading ni better than kita cukur, sebab skill ni cabut terus bulu sampai akar. so bulu baru nak tumbuh pun, amik masa 2 weeks berbanding kalau cukur kene buat tiap-tiap hari dan kulit jadi kasar.


sakit ke tak? depends.. kalau hang jenis kulit nipis sesangat sakit la kot... tapi kalau nak cantik, tahan jelah sakit yang sekejap tu, banding kalau hang nak plug satu-satu bulu-bulu kening tu jenuh la kan. macam cik kak, dah biasa tak de rasa sakit dah... huh tipu.. sebenarnya nak cabut sendiri memang tak reti.. risiko kening cacat sebelah adalah sangat tinggi. so better serahkan pada yang pakar.


tengokkk pix ni, muka Ira maintain rilex ok... tak sakit lah. kalau sakit sure si Ira ni dah guling-guling sagat muka kat carpet. Kan.. kan.. kan... Ira????

oh yee.. selain threading, A-Listers ada buat servis lain. you can check out pix kat atas ni... kalau tak nampak sila besar kan image. servis untuk lelaki pun ada, tambah another 30% dari price biasa.

kalau nak datang better buat appointment dulu. you can call to this number 03-61418177. sila bagitau nak datang pukul berapa, nak buat apa, then tinggalkan nama and nombor telefon.

mari kita view A-Listers Sunway Giza...

kaunter depan...

tempat menunggu... mewah weh. rasa macam kat rumah. Yaya memang buat macam rumah sendiri... kecik-kecik dah muka tak malu.

lama tunggu?? magazine ada...

antara hiasan dalam A-Listers Sunway Giza, cantik kan lampu ni.. konsep kedai ni lebih kurang english style. combination colour banyak kepada hitam+pink+putih...

pandangan dari tempat menunggu...

jom pegi A-Listers Sunway Giza. jangan lupa buat appointment dulu.

Saturday, January 9, 2010

No plastic bags on every saturday - SHM


Rasanya ramai lagi yg tak aware, about plactic bag campaign yang start on 2 jan 2010. hari ni dah minggu kedua campaign ni, tp still ramai yang mcm terkejut and tak ready.


Bayang kan mcm cik akak ni, beli satu troli then tak de palstic. Actually bole beli plastic bag dengan harga 20 sen, then 20 sen tu donate terus ke Charity Body chosen by Selangor government. Kitaorang beli je bag giant harga RM1.99. Hopefully kalau datang lagi, kene ingat la nk bawak. Kalau tak, membazir je.


Anyway, niat asal kitaorang g Giant Kota Damansara ni just nk lunch. Tetiba nampak 2-3 orang pegang kuali yang kitaorang target nak redeem. Rupanya stok kuali tu dah keluar, so Mr J dengan gegas nya balik ke rumah amik stamp . Orang yang paling happy dapat kuali tu, cik Yaya kita ni ye...dah berangan jadi Nigella Lawson...