Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Kisah dress itu..




ramai plak tanya pasal dress putih yang aku pakai masa dinner yang aku publish lama dulu http://www.blogsihitammanis.blogspot.com/2011/06/glowing-mama-pegi-dinner.html

percaya atau tidak, baju ni below 200. mana nak cari? aku beli kat kedai2 atas kedai.. kat area the strand kota damansara ni ada banyak kedai-kedai korea.. pepandai laa nak cari kan. sebab ada banyak kedai kat situ. memang jenuh jugak naik turun tangga.

malam nak gi dinner, lepas lunch pada hari yang sana baru aku terkinja nak cari baju. masa tu jugak alter baju, kasi pendek skit sebab kita ni 'tinggi'. balik mandi, amik baju yang anto alter tadi, terus gi buat rambut & make up. and siappppp....

orang patut aku berterima kasih ialah


JLO kerna memberi idea...
walaupun tak sama.. sipi-sipi pun ok laa kan..



Friday, January 13, 2012

Sudah tamat..


akhirnya habis berpantang 44 hari...
alang-alang nak keluar, terus sambut hari jadi...
sebab bawak anak-anak keluar skali, mak tak de aksi manja-manja macam sebelum kawen dulu...

sepanjang masa cuba praktik aksi 'bawak bertenang'
Yaya memanjang meragam..
nasib baik anak sendiri, kalau anak beruang dah lama aku buang...

si kenit ni belum ada belang...
tunggu je lah, satu masa nanti akan sampai...

Monday, June 13, 2011

Glowing mama pegi dinner...



2nd trimester adalah masa ibu-ibu mengandung nampak paling cantik. sebab? glowing skin gitu. kalau idak, muka aku laa yang kusam. selagi tak make up.. orang tengok takut. sekusam-kusam aku, dikurniakan tuhan dengan suami yang muka halus mulus. adil kan? tak pasal kene belajo jaga muka ngikut kekdah.

kebetulan ada dinnner office, amik kesempatan untuk bercantik-cantik dan abadi kan kenangan.

dah nampak berisi kan? sebab hakikatnya diri memang tak brapa kurus. sejak mengandung ni, baru naik 2 kilo.. berdezusss cepat je nampak tembam. masa ngandung ni, makan apa pun sedapppp.. lagi-lagi orang keliling galak makan. memang aku dah bersedia untuk gemuk kemudian nyesal. tapi bila lagi laa kan nak tengok diri sendiri demuk-domok chomellll... lepas beranak pandai-pandai laa exercise.

mari cerita pasal gambo...


bersama boss (duduk, tengah baju hitam) and budak-budak office. ramai kata boss aku hensem... tapi awas laa kan, bila dah status boss tu, ko tak rasa dah dia hensem.

kita dapat nombor dua for best dressed. rasanya orang vote sebab tak biasa tengok aku melawo kot. hahaha.. hampeh tak.

budak-budak office private sector.

srikandi goverment sector.

Saturday, January 22, 2011

Hari tertekan, disudahi dengan gumbira



sepanjang tahun, apa yang paling tertekan bagi seorang account manager?
semestinya lah Kick Off Meeting.
bicara masalah... numbers.. presentation... quota...
apa pun tertekan.. hati kene ikhlas nak cari makan... cari duit...
kalau nak lari masalah.. pegi mana-mana pun sama je.. masalah tetap ada..
sedar tak sedar.. dah almost 4 years kat company ni..

kebetulan bulan ni ada 2 January babies... share the same date...
ada suprised cake... xoxo
rasanya.. sepanjang hidup ni.. tahun ni paling banyak kot tiup lilin...
terima kasih kengkawan.. terima kasih daun keladi boss...
saya rasa dihargai dan disayangi..

seterusnya pix2 bercerita...

the team

tea time

lunch

disudahi dengan karaoke sampai muak tapi gumbira

Tuesday, December 14, 2010

aku pegi Maysaa



punya lah berpatah arang mencari Solaris Dutamas, pastu tawaf cari parking yang macam haram. samapai je sana.. 'banyaknya Yuna'... sana sini berfesyen.. majority bertudung.. kurus.. umur area umur below 30. terasa tua aku kat sana ok.
kitaorang sampai sana dah kul 3.15pm. show belum start, orang beratur panjang.. sesak... bila aku tgk jam dah pukul 4.. still beratur dan belum start.. aku pikir kul brapa aku nak balik kalau mcm ni. tak pe lah...
pusing2.. belek baju.. tak banyak choice.

sebelah tempat show ni ada pameran seni.
setara bukan berjiwa seni, jadi bosan.. kitaorang pun turun.

lepak pappa rich lebih memberi makna untuk hari tu.
makan2 borak2 jugak yg jadi activity terbaekk :)

Sunday, August 29, 2010

Let's take a walk.... to Sunway Giza


since pandai jalan.. rasanya ni la first time Yaya menapak sendiri kat luar.
bawak Yaya ke Sunway Giza.. sebab sana tak banyak orang lagi.. then lapang.
mula-mula takut.. pastu tak cukup tanah. siap kene heret.

pandang dulu kiri kanan...

atas bawah...

seterusnya mama heretttt.. heret ke Camyland kat belakang tu... dapat Yaya satu car seat baru :)

Monday, June 28, 2010

berkenduri kawin di Seremban.


first time bawak si Yaya ni pegi kenduri kawin.
heran sangat la dia tengok gong dengan kompang.. ye laa orang baru idup. sume benda pun heran.

apsal kau chantek Shima? bonci...
look at the babies.. Yaya 11 bulan and Miqail 3 bulan.. tp sama besar sama berat.
letih aku kasi makan kat budak Yaya ni... tp bole sama saiz dgn Miqail je.
well.. development budak2.. lain2.. jangan risau.. jangan compare.

anyway... selamat pengantin baru Nuri and Pet.
moga tahun depan ada baby...

Monday, June 21, 2010

ni namanya blog dah kaput!


apsal kaput?
sbb bukan setakat telur lalat bersarang.. dah jadi lalat.. kepompong pun jadi baja dah.

well.. nothing new. keje je makin bz.. walaupun gaji tak sebz lebat masuk.. tapiiii.. rynn ikhlasss keje. sungguhhhhh. Mak Yaya ni mmg laa sgt ikhlas orangnya. weekkkk

raya nak dekat.. kad raya opis dah tempah.. tapi puasa ganti asyik failed. kalah dgn nasi lemak durjana shell kat belakang opis.
"eh.. bila kau makan rynn?"
"aku makan dalam kete, sbb nak makan 2 bungkus" jawapan ni ikhlas.... sila accept je.

baju raya?
nmpk gayanya mmg beli je lagi kat SACC shah alam macam tahun lepas. kalau baju ready made ni, tak dapek la nak melaram baju lebih 2 helai. mahal nk mampus. kain ada.. masalahnya tak balik2 kuantan, tempah baju kat mrs Lim kat pejabat pos bando kuantan.. or bando kuantang! LOL.

ok chow.. sekian merapeks kali ni.. update atas permintaan Encik Eric.

disudahi pix mak Yaya masa keje..

walla!


Thursday, April 8, 2010

Don't get along... and Genting


jenuh install, uninstall, google, try and error. rupanya my BB and windows & don't get along, cesss... BB version untuk support windows 7 might baru nk keluar bulan June. gerammm.... tak dapat nak ber bluetooth pix from my phone ke lappy. leces..

so our pic activity kat genting tak dapat nk upload semua, sbb most of the pix ada kat phone.

sampai Genting, Yaya macam happy sangat. masuk je bilik hotel, laju je merangkak merata bilik. explore tempat baru. bila lutut kene lantai, patah balik sekejap sebab sejuk.. hehehe cute. sebab cuaca sejuk kot so Yaya tak banyak ragam, kuat makan + susu, then tidoooo je.

ni masa mula-mula sampai, Mr J geram tengok kuku anak dia panjang. and Yaya tengah meronta nak explore katil.

lepas mandi, lapar... kitaorang terjah KFC je. sejuk-sejuk makan KFC pun ok. terbayang jugak nak pekene sup ekor panas-panas ke, tapi malas nak cari. pix kat atas ni, adalah muka-muka lepas kenyang ayam. cuba tengok.. amik pix ngan baby, terasa betapa menggerutunya lah muka kita kalau nak banding ngan kulit baby. *ira.. awak patut malu yee...

yaya with her new sweater and carrier.


kitaorang just beli baby carrier murah je. sebab sekarang Yaya dah 8 bulan. tak lama lagi confirm la dia tak nak duduk dalam carrier ni lagi. rugi je nak beli yang branded. plus dia dah berat. skang ni pun mak tak sanggup nak pakai benda alah tu, bawak Yaya ke hulu ke hilir kecuali kalau sekejap dan terpaksa. macamana tah orang bole pakai gendong sambil buat kerja umah.. kuat sungguh pinggang. macam tak percaya je dengar.
pakai benda alah ni, sesuai kalau kita pegi tempat-tempat yang payah nak tolak stroller sebab orang ramai sesak-sesak. macam shopping kompleks yang tengah ada sales or kat airport. macam skang ni, kat genting orang memang tengah ramai sebab weekend. berbaloi sangat benda ni.
sekarang kan ada gendong yang jenis kain tu. kat malaysia ni tengah glamer brand Jumpsac. cantik memang cantik. tapi tak berapa berkenan sebab berikat-ikat.

lepas makan. jalan-jalan sikit then terus balik bilik sebabbbbbbb...

mama and daddy nak pegi partyyyyyyy....
ye kitaorang ke speedzone. rasanya first time after ada anak kitaorang jejak kaki ke out door party macam ni. terasa macam bujang, tapi masing-masing asyik cakap pasal Yaya. rindu + risau kat dia walaupun tau my sis akan jaga dia macam berlian.

mummy and daddy nak inter frame jugakkkkk.....

actually tak puas jejalan Genting. plan nak pegi lagi.

Tuesday, March 16, 2010

Mikey & Yen's wedding


lama gila tak attend any wedding of my chinese friend. serius la macam blur nak pakai apa. then yang tak best nya kalau ada baju nak pakai pun macam dah basi. nasib baik my mother ada kat rumah on last sunday bole jaga Yaya, tarik Mr J pegi the curve cari baju. dah last minutes so macam grab aje baju yang agak-agak muat. quite surprised sebab baju-baju kat nichii 'kawe' dah bole muat in S size. tapi still la kawe nampak macam tembam sikit... ala tak kisah la kan, dah muat pun dah cukup happy pun. balik rumah mandikan baby, then makeup sendiri, hasilnya....

makin luas pulak dahi Mr J ni...

kawe punya lah elak pakai dress hitam sebab takut jadi issue ong tak ong, skali adik pengantin sendiri pakai hitam.. bole?

sebelah kawe, is Treza, antara orang paling banyak disusahkan oleh kawe yang selalu bengap bila overload keje :)

with Andrea and Anne.

Vivianne and si baju biru is Chin Chin.. kalau sesapa member Fitness First, mesti muak tengok muka minah ni... model Fitness First.

makan-makan adalah nice. sebab tu tak de pics..hoho alasan sebab makanan masuk ke mulut dengan cepat sebab tu tak sempat amik pix. lagipun bukan la makan-makan yang extraordinary pelik.. biasa-biasa aje standard hotel. tapi sedap lah.


Monday, March 8, 2010

aqiqah & BBQ dirumah orang...


jamuan ni last Friday, huhu baru nak publish...
kitaorang sampai lambat... tak sempat nak duduk untuk acara-acara baca doa. ok!sebenarnya memang nak datang makan je. makan-makan sangat sedap plus crowd yang dinantikan memang ada...

ikan bakar+ayam BBQ+nasi minyak+bihun goreng+kuih-kuih = balik rumah perut keras sampai esok pagi...

razi... TQs.. jamuan tahunan anda memang dinanti setiap tahun.