Thursday, February 25, 2010

hati mana kah tidak gembira...


my boss baru balik dari holiday.. holiday ke hawaii and vegas.
ada buah tangan untuk akak... purse merah + key chain.. oh chentaaaa...
walaupun tak seberapa pada orang lain, but to me... sangat lah happy.

plus dapat pulak ang pow dari boss finance. tak sangka pulak mak budak ni still dapat ang pow.
thank you sir... thank you boss...
my hectic weekend diakhiri dengan senyum yang panjang...

baby berhingus...

elok je baik demam, keesokkan harinya Yaya start batuk dan bersin-bersin. bangun je tido pagi ni, hingus dah mengalir-ngalir keluar. setakat lap je tak cukup stil ada hingus dalam hidung, baby bukan pandai nak hembus hingus lagi. macamano?


penyelesaian nya ialah, Japlo Nose cleaner. bole beli kat Guardian, Watson... rasanya kat Giant pun dah ada jual. tak mahal... belasan ringgit je.


cara pakai senang, pegang baby macam pic atas tadi, masuk kan sikit ke dalam lubang hidung dan picit pump. buat berulang kali sampai hingus habis sedut. pump ni memang design untuk pump masuk je, so tak payah nak keluar masuk keluar masuk pump tu, maknanya tak payah risau kalau terhembus balik hingus ke dalam hidung. hujung pump pun lembut, let say kalau baby tak duduk diam pun, tak de nye terrodok hidung baby kita.


lepas pakai bole basuh dengan air suam, jangan boil. for more details, besarkan image pix. sorry la quality pix tak brapa bagus, pakai camera phone je. ada angan-angan nak pakai camera canggih ni... kalau ada orang nak sponsor :)

banyak keje...

OMG... hectic gila minggu ni. nak bukak blog sendiri pun payah. plus my new lappy tak bole nak accept bluetooth from my phone... tunggu la weekend ni baru godek macamana nak buat.

but definition Yaya banyak keje lain... cara dia banyak keje macam ni...


abis la jahanam barang daddy...


bila dah dapat tarik.. muka puas hati.

Sunday, February 21, 2010

tido atas lantai....


this pic taken by my sister pagi tadi... lepas susu kan Yaya so mama nap-nap sekejap. tak sampai 5 minutes...my sister keluar bilik tengok Yaya dah landing atas lantai... sekali tengok pix ni, macam orang dera anak je...LOL...bila pikir balik apsal la budak ni suka sangat tido atas lantai.. rupanya sebab lantai kan sejuk. memang kitaorang perasan, walau berapa kali pun kitaorang angkat balik ke toto.. dia tetap guling-guling ke lantai. mama risau Yaya sakit dada je... kalau nenek nampak, confirm nenek angkut Yaya balik Kuantan.

Friday, February 19, 2010

eh anak ke?

situasi 1 : "eh anak ke? putihnya budak ni... tak macam mak nya" - yee mak nya berkaler sikit. tapi aku bole lagi nak jawab sesopan yang bole... "ha ah kak... anak saya ni ikut kulit bapaknya" ... tapi kan, kenapa la orang nak pertikai kan pasal warna-warna kulit ni.

situasi 2 : masa jalan-jalan kat the curve.. "comeynya baby ni... mana mak dia?" - masa ni aku rasa macam celaka la mulut mak cik ni... ingat aku ni maid ke apa? ok, bukan salah dia.. aku yang comot masa tu... well aku bersyukur dia puji anak aku.

salmon salad for dinner


gigih weh... target nk turun 5 kilo sebelum pertengahan tahun. seboleh-bolehnya nk elak makan nasi. so tonight Mr J buat salad salmon with mayo. till now dah pukul 12 malam.. ok laa. tak de la rasa merangkak lapar nasi. yeaa.. lapar nasi tu psychology je.

resipi salmon salad cara Mr J.

1. salad - ikut banyak mana yang korang nak telan.
2. 1 tin salmon mayonnaise ayam brand - letak ikut rasa
3. 1 biji telur rebus
4. lada hitam sikit

semua bahan, gaul je.. and done. better kalau ada tomato.. baru nampak cantik sikit salad tu. serius kenyang... masa kecik aku rasa poyo gila makan salad je. tapi nak diet dan kesihatan punya pasal. lantak laaa kan.

oh ye... Yaya masih demam. demam suam-suam... kejap ok kejap tak. tapi tido maintain lasak..sebesar-besar toto kita bentang... dia nak jugak landing kepala kat tempat lain. jenuh mak mengangkat... abaikan pak cik yang sama-sama terbongkang tu. dan juga abaikan rumah yang sepah dengan mainan. ye laa.. rumah orang ada budak kecik. kemas-kemas pun.. tahan berapa lama la sangat kan...

Wednesday, February 17, 2010

Musim demam

panas nok sekarang ni, pagi-pagi dah berbahang.
Yaya start meragam subuh kelmarin, rerupanya demam.


tapi tengok... budak demam ni. dahi bertepek 'cool fever', makin ligat ada lah... dah start masuk bawah meja makan dahhh... bertambah keje kita.. kene hari-hari mop lantai...

ye ke mama?? mmm... ada Yaya kesah?