Saturday, January 14, 2012

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

trimas to Shima kerna tag aku, tak pasal aku terjebak secara sukarela...
ada giveaway paling mudah.. just copy and paste secara berhemah untuk dapat hadiah JIKA BERTUAH..
adakah bertuah? tak salah cuba kan...

berikut adalah syarat penyertaan yang dicopy and paste dari Nemomimosh

Syarat-syarat :

1. Sila buat satu entri mengenai giveaway ini dan tampal banner kat atas dalam entri uols. (Nak copy paste pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)
2. Jangan lupa link kan sekali banner di atas ke belog Nemomimosh.
3. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang yang diorang dah di tag.
4. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen kat entri ini dan sila isi maklumat yang diperlukan :
URL Link : ________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)

See? Sama je macam giveaway lepas cuma hadiah pilihan dia kite kasi up skett kann. Tak payah slogan-slogan sebab ini bukan peraduan gores dan menang pong. Ngeee. Giveaway ini berdasarkan hasil UNDIAN. So, sesiapa yang bertuah layak memilih SATU daripada 10 hadiah pilihan. Ingat. Besttt kannnn? Sibuk kepochi-kepochi nak bagi pilihan untuk 10 hadiah tapi mana hadiahnya kannn? Okay let's check it out!

Tarikh Tutup Penyertaan :
16 Jan 2012




Okies.. orang yang kene tag ialah Eric, Pink Mama and Mama Kasih.

Friday, January 13, 2012

Sudah tamat..


akhirnya habis berpantang 44 hari...
alang-alang nak keluar, terus sambut hari jadi...
sebab bawak anak-anak keluar skali, mak tak de aksi manja-manja macam sebelum kawen dulu...

sepanjang masa cuba praktik aksi 'bawak bertenang'
Yaya memanjang meragam..
nasib baik anak sendiri, kalau anak beruang dah lama aku buang...

si kenit ni belum ada belang...
tunggu je lah, satu masa nanti akan sampai...

Thursday, January 12, 2012

Masak vs order

macam baru tersedar, ayat hari-hari yang aku tanya Mr J ialah
"nak saya order apa for dinner?"
instead of
"nak saya masak apa for dinner?"

kalau mak aku tau sure menyirap... LOL

my reason.. sebab tak berbaloi nak tertungkus lumus gi kedai, mengharung jem, cari parking, kendong anak, bawak barang angkut naik rumah yang bertingkat ni, spend masa kat dapur, pastu nak basuh kuali periuk, lap dapur semata nak isi perut untuk dua orang yang makan secipot...

bole terima tak? logik kannn kann kannn?

Thursday, January 5, 2012

cukup sebulan, meh kita botakkan baby


tu dia budak cukup sebulan, dah 4.4kg. nampak macam kecik sebab dia memanjang tinggi.
susahnya jaga budak dalam pantang ni, tuhan je tau. mana tak nya, kalau dah kadang sejam sekali susu, kadang-kadang 2 jam, kadang-kadang setengah jam sekali. bengkok badan mak.

dulu, masa nak botakkan Yaya kitaorang kat Kuantan, so ada tukang gunting yang memang buat keje amal direct datang umah untuk cukur kan rambut baby. kali ni, kitaorang gi kedai barber je. lagi laju kot barber tu buat keje banding ngan pak cik yang cukur rambut yaya dulu. rambut baby yang jatuh masa cukur tu, kitaorang tadah atas kain napkin. nanti terus bole tanam ngan kain tu sekali.. senang.

insyaAllah.. rambut baby akan tumbuh cantik, rata macam rambut Yaya.

Sunday, January 1, 2012

my baby boy..


my boy dah sebulan okeh... maknanya dah sebulan lebih tak update.
ini dia Annick Mohamad Reefa


lahir kecik je.. 2.7 kg. naik setengah kilo dalam masa seminggu. skang tak tau dah brapa beratnya. tapi ketara muka bulat semacam.
dugaan jaga anak lelaki memang lain. patut la member2 yang ada anak lelaki, slalu ngadu letih jaga anak.
si Annick pantang nampak mama lalu, mulut terus terkumat-kamit nak susu walaupun baru lepas setengah jam susu.
letih memang letih... tapi hati ibu kan.. mana laa sanggup nak biar anak. tak sangka aku ada hati lembut macam ni.
Syukur dah sepasang anak.
Jangan tanya bila anak next. Sakit beranak tak hilang lagi.

Thursday, November 17, 2011

bila dah 38 minggu.. anda bertaraf sarat mengandung..


muka bengkak...
jari kembang...
kaki sembab...
jalan pun peha bertemu peha...
kencing tiap setangah jam sekali...
tido dah tak lena, sesak nafas...
perut keras tak terkata...
kutil start naik kat muka dan merata tempat..
semuanya serba tak kena... tapi apa bole buat, sabar aje...

minyak nya muka, anggap je lah seri wajah supaya tak rasa bersalah upload jugak pix ni hikkss..

but i'm glad, rasa bertuah dan sangat bersyukur diberi peluang untuk merasa pengalaman macam ni...
rasa bertuah mempunyai zuriat yang akan mendoakan kita selepas hayat...
rasa bertuah dikurniakan amanah...

ok.. habis emo...

anak manja daddy.

Mr J pun.. kalau anak duduk kat perut pun rela je. cuba mak Yaya nak duduk kat situ...
demam pun tak dapat kay.

Wednesday, November 16, 2011

Kopi luwak punya cerita...

pix dari google

isu halal atau haram kopi luwak ni tak menjadi masalah pada aku...
sebab.. tekak ini memang tak tergamak nak telan apa-apa yang diketahui keluar dari BONTOT.
najis tetap najis...
samada lepas penyucian atau tidak.. ianya tetap najis.

senang tak kesimpulan aku...