Thursday, February 25, 2010

hati mana kah tidak gembira...


my boss baru balik dari holiday.. holiday ke hawaii and vegas.
ada buah tangan untuk akak... purse merah + key chain.. oh chentaaaa...
walaupun tak seberapa pada orang lain, but to me... sangat lah happy.

plus dapat pulak ang pow dari boss finance. tak sangka pulak mak budak ni still dapat ang pow.
thank you sir... thank you boss...
my hectic weekend diakhiri dengan senyum yang panjang...

baby berhingus...

elok je baik demam, keesokkan harinya Yaya start batuk dan bersin-bersin. bangun je tido pagi ni, hingus dah mengalir-ngalir keluar. setakat lap je tak cukup stil ada hingus dalam hidung, baby bukan pandai nak hembus hingus lagi. macamano?


penyelesaian nya ialah, Japlo Nose cleaner. bole beli kat Guardian, Watson... rasanya kat Giant pun dah ada jual. tak mahal... belasan ringgit je.


cara pakai senang, pegang baby macam pic atas tadi, masuk kan sikit ke dalam lubang hidung dan picit pump. buat berulang kali sampai hingus habis sedut. pump ni memang design untuk pump masuk je, so tak payah nak keluar masuk keluar masuk pump tu, maknanya tak payah risau kalau terhembus balik hingus ke dalam hidung. hujung pump pun lembut, let say kalau baby tak duduk diam pun, tak de nye terrodok hidung baby kita.


lepas pakai bole basuh dengan air suam, jangan boil. for more details, besarkan image pix. sorry la quality pix tak brapa bagus, pakai camera phone je. ada angan-angan nak pakai camera canggih ni... kalau ada orang nak sponsor :)

banyak keje...

OMG... hectic gila minggu ni. nak bukak blog sendiri pun payah. plus my new lappy tak bole nak accept bluetooth from my phone... tunggu la weekend ni baru godek macamana nak buat.

but definition Yaya banyak keje lain... cara dia banyak keje macam ni...


abis la jahanam barang daddy...


bila dah dapat tarik.. muka puas hati.

Sunday, February 21, 2010

tido atas lantai....


this pic taken by my sister pagi tadi... lepas susu kan Yaya so mama nap-nap sekejap. tak sampai 5 minutes...my sister keluar bilik tengok Yaya dah landing atas lantai... sekali tengok pix ni, macam orang dera anak je...LOL...bila pikir balik apsal la budak ni suka sangat tido atas lantai.. rupanya sebab lantai kan sejuk. memang kitaorang perasan, walau berapa kali pun kitaorang angkat balik ke toto.. dia tetap guling-guling ke lantai. mama risau Yaya sakit dada je... kalau nenek nampak, confirm nenek angkut Yaya balik Kuantan.

Friday, February 19, 2010

eh anak ke?

situasi 1 : "eh anak ke? putihnya budak ni... tak macam mak nya" - yee mak nya berkaler sikit. tapi aku bole lagi nak jawab sesopan yang bole... "ha ah kak... anak saya ni ikut kulit bapaknya" ... tapi kan, kenapa la orang nak pertikai kan pasal warna-warna kulit ni.

situasi 2 : masa jalan-jalan kat the curve.. "comeynya baby ni... mana mak dia?" - masa ni aku rasa macam celaka la mulut mak cik ni... ingat aku ni maid ke apa? ok, bukan salah dia.. aku yang comot masa tu... well aku bersyukur dia puji anak aku.

salmon salad for dinner


gigih weh... target nk turun 5 kilo sebelum pertengahan tahun. seboleh-bolehnya nk elak makan nasi. so tonight Mr J buat salad salmon with mayo. till now dah pukul 12 malam.. ok laa. tak de la rasa merangkak lapar nasi. yeaa.. lapar nasi tu psychology je.

resipi salmon salad cara Mr J.

1. salad - ikut banyak mana yang korang nak telan.
2. 1 tin salmon mayonnaise ayam brand - letak ikut rasa
3. 1 biji telur rebus
4. lada hitam sikit

semua bahan, gaul je.. and done. better kalau ada tomato.. baru nampak cantik sikit salad tu. serius kenyang... masa kecik aku rasa poyo gila makan salad je. tapi nak diet dan kesihatan punya pasal. lantak laaa kan.

oh ye... Yaya masih demam. demam suam-suam... kejap ok kejap tak. tapi tido maintain lasak..sebesar-besar toto kita bentang... dia nak jugak landing kepala kat tempat lain. jenuh mak mengangkat... abaikan pak cik yang sama-sama terbongkang tu. dan juga abaikan rumah yang sepah dengan mainan. ye laa.. rumah orang ada budak kecik. kemas-kemas pun.. tahan berapa lama la sangat kan...

Wednesday, February 17, 2010

Musim demam

panas nok sekarang ni, pagi-pagi dah berbahang.
Yaya start meragam subuh kelmarin, rerupanya demam.


tapi tengok... budak demam ni. dahi bertepek 'cool fever', makin ligat ada lah... dah start masuk bawah meja makan dahhh... bertambah keje kita.. kene hari-hari mop lantai...

ye ke mama?? mmm... ada Yaya kesah?

Tuesday, February 16, 2010

Mari threading kening di A-Listers Sunway Giza.

first time buat threading ni ada laa 4-5 tahun lepas kot, my friend Farah yang bawak kat satu kedai india kat bangsar sebelah dengan kedai mamak. famous jugak tempat tu... apa tah nama kedai tu. bila dah pindah ke damansara, jenuh la jugak nak ke bangsar semata-mata nak threading. ada juga cuba tempat lain tapi macam tak berapa ok.

sehingga lah Ziati tunjuk tempat favorite dia, kat Bandar Utama Center Point. A-Listers nama tempat ni. terus jatuh chenta sebab hasil kerja diorang sangat neat and tidy. maka cik kak pun jadi la pengunjung tetap every 2 weeks. tokey nya nama Lynn... very nice person, soft spoken, kalau dah start borak dengan dia macam dah kenal lama je.

then start dari hujung December 2009. Lynn ni bukak branch baru kat Sunway Giza. cik kak punya la happy sebab 5 minutes je dari rumah. tempat baru ni better, sebab besar dari kat Bandar Utama.


ok, apa itu threading??? adalah satu teknik atau skill menggunakan benang untuk membuang bulu, biasanya untuk sekitar kawasan muka seperti kening, atas bibir dan lain-lain. teknik ni dikatakan bermula di Middle East, India dan China. threading ni better than kita cukur, sebab skill ni cabut terus bulu sampai akar. so bulu baru nak tumbuh pun, amik masa 2 weeks berbanding kalau cukur kene buat tiap-tiap hari dan kulit jadi kasar.


sakit ke tak? depends.. kalau hang jenis kulit nipis sesangat sakit la kot... tapi kalau nak cantik, tahan jelah sakit yang sekejap tu, banding kalau hang nak plug satu-satu bulu-bulu kening tu jenuh la kan. macam cik kak, dah biasa tak de rasa sakit dah... huh tipu.. sebenarnya nak cabut sendiri memang tak reti.. risiko kening cacat sebelah adalah sangat tinggi. so better serahkan pada yang pakar.


tengokkk pix ni, muka Ira maintain rilex ok... tak sakit lah. kalau sakit sure si Ira ni dah guling-guling sagat muka kat carpet. Kan.. kan.. kan... Ira????

oh yee.. selain threading, A-Listers ada buat servis lain. you can check out pix kat atas ni... kalau tak nampak sila besar kan image. servis untuk lelaki pun ada, tambah another 30% dari price biasa.

kalau nak datang better buat appointment dulu. you can call to this number 03-61418177. sila bagitau nak datang pukul berapa, nak buat apa, then tinggalkan nama and nombor telefon.

mari kita view A-Listers Sunway Giza...

kaunter depan...

tempat menunggu... mewah weh. rasa macam kat rumah. Yaya memang buat macam rumah sendiri... kecik-kecik dah muka tak malu.

lama tunggu?? magazine ada...

antara hiasan dalam A-Listers Sunway Giza, cantik kan lampu ni.. konsep kedai ni lebih kurang english style. combination colour banyak kepada hitam+pink+putih...

pandangan dari tempat menunggu...

jom pegi A-Listers Sunway Giza. jangan lupa buat appointment dulu.

Sunday, February 14, 2010

my new lappy...

hi red lappy.. welcome to my life.


huaaa... dia colour merah.. ringan dan kicik... hehe.. bole sumbat dalam handbag je kalau ada meeting kat luar. niceeee...

to my black lappy.. terima kasih atas jasa anda selama ini... andalah penyumbang rezeki saya selama 3 tahun ini. dari saya single, kawin dan beranak satu.. anda la teman tetap saya. love you...

Thursday, February 11, 2010

diet no carbo tergendala... kerna Ayam Penyet Ojo Lali

"kalau hari ni kita makan ayam penyet ok tak? eh.. awak tak nak makan nasi kan kannnn?"
dalam hati macam.."hampeh laaa... abis tu kenapa sebut..?"

well akhir nya... tetap kee...

Ayam Penyet OJO LALI..
sesapa yang stay area kota damansara... mesti tau Restoran Subaidah kan.. kedai ni betul -betul opposite dengan Subaidah. Kat seksyen 5..

menu wajib kitaorang mesti la ayam penyet sambal lebih, nasi putih and bakso sup untuk buat kuah-kuah. ayam dia sedapppp.. lembut tapi garing... ada serdak-serdak, Mr J suka sangat kat serdak-serdak tu.. ada tempe goreng dengan kobis untuk ulam. dulu ada tauhu goreng, kali ni tah kenapa tak de pulak.

sesapa yang tak tahan pedas mesti menyesal datang sini.. hahaha... COOL PEOPLE EAT HOT CHILI ok! amaran.. sambal dia memang power.

tak lupa air teh botol... (jangan tanya aku kenapa teh botol tu dalam kotak)
rasanya kalau kitaorang menapak kat mana-mana kedai makanan indonesia sure order air ni lah. pix Yaya atas ni, air kotak kosong je.. Yaya tak minum pun. dia belum ready minum air manis lagi.. jangan risau.

serius sedap... daddy, jom pegi lagi esok???

Wednesday, February 10, 2010

Nursing room in shopping complex - KL.


sebelum ada baby... tak pernah amik port pun pasal toilet-toilet untuk tukar diaper baby ni or nursing room... sekarang ni kalau nampak je sign macam ni kat mana-mana shopping complex rasa macam lega nyaa.. Sunway Giza punya logo ni cute sangat kan :)

anyway.. untuk mummy-mummy yang stay area KL ni.. here the lists of shopping complex yang ada nursing room :-

1. Utama Shopping Centre

1.1 Old Wing - Foldaway change table located at Lower Ground Floor and 1st Floor of Jaya Jusco

Other Services : Baby strollers are available free of charge at the Information Counter located at Ground Floor, opposite Padini

1.2 New Wing - Foldaway change table located from Ground Floor to 2nd Floor

Other Services : Baby strollers are available free of charge at Ground Floor Highstreet next to Guess outlet and Prominent next to Burger King

2. Alamanda Putrajaya

Bay Changing Rooms each equipped with water boiler, baby mattresses, foamed sheets and private nursing rooms

Other Services: Baby strollers are available at the Customer Service Counter located at the Centre Atrium on the Lower Ground Floor

3. Bangsar Shopping Centre

Foldaway change tables are available within female washrooms on all levels in both East and West Wings.

4. Bangsar Village I

1st Floor, located by Skywalk, behind Caffe 1920. Equipped with two changing stations with mattresses and two private nursing areas

5. Bangsar Village II

Foldaway change table located within wheelchair washroom on all Levels.

6. Carrefour Subang

You can find baby care rooms for feeding and diaper changing here.

7. Great Eastern Mall

Located on Ground Floor near Island Shop, equipped with two changing stations with mattresses, toilet and two private nursing areas.

8. Hartamas Shopping Centre @ Plaza Damas

Nursing Room located on Level 2 equipped with changing station and nursing chair

9. Ikano Power Centre

Ground floor : Near to Cold Storage
1st Floor: Near to Harvey Norman Furniture
2nd Floor: Near to World of Cartoons

Each baby care room is equipped with two changing stations with mattresses and a private nursing area

10. Ikea

Foldaway change tables are available within both male and female washrooms located on the ground floor near entrance

Baby Care Room on 1st Floor near café equipped with two changing stations with mattresses and a private nursing area

Other Services: Småland, a supervised playland available for children aged 3 to 10 years
Child friendly cafe with a children's corner to play or watch TV. Other facilities include high chairs and microwave ovens for warming milk. Cereals and baby food are also sold in the cafe

10. Low Yat PLaza

Foldaway changing tables are available within female washroom located at Ground Floor.

11. Mid Valley MegaMall

Located within female washrooms on:
Ground Floor – East Wing
1st Floor – North, South and East Wings
2nd Floor – North, South and East Wings
Nursing Rooms are located at Metrojaya on the 2nd Floor and on Ground Floor and 1st Floor of Jusco

Other Services: Baby strollers and joggers for toddlers are available at the Information Counter located at Centre Court on the Ground Floor


12. Mid Valley MegaMall

You can find baby care rooms for feeding and diaper changing here.

13. Subang Parade

Subang Parade's new mother's room consists of the facilities as below:-
a) Room attendants
b) Microwaves
c) Individual feeding rooms
d) Diaper-changing areas
e) Enclosed play area

Opening hours : 11am to 8pm daily
Location : First Floor, next to Tumble Tots

14. Sogo Complex

Changing baby mattresses are available with warm tap water located at 4th Floor next to Anakku counter.

Other Services: Baby strollers available with a deposit of RM200 and a full refund to be made when the stroller is returned to the Customer Service Counter at Ground Floor.

15. Sungei Wang Plaza

Foldaway change table are available within female washroom from Concourse to 6th Floor.

Other Services: Baby strollers available free of charge at the Information Counter on the Lower Ground Floor.

16. Sunway Pyramid

Currently undergoing refurbishment. Installing baby changing stations in all washrooms both male and female.

Other Services: Baby strollers available free of charge at the Concierge Counter by the main entrance on the Ground Floor

17. Suria KLCC

Parents Room located on Concourse Level equipped with changing mattresses, private nursing rooms and small play area for children. Parent and child toilets also available
Changing mattresses are available within female washrooms on Concourse Level, Level 1, Level 2, Level 3 and Level 4 of both Ramlee and Ampang Malls

Baby Care Rooms also available in Isetan, Parkson Grand and Mothercare on Level 2

Other Services: Baby strollers available at Customer Service Desk, Concourse Level
Rental Rates: Free for the first 2 hours. RM10 for every subsequent hour

18. The Curve

Baby Care Room on 1st Floor located near Mothercare equipped with two changing stations with mattresses and two private nursing areas

Other Services: Baby strollers available at Concierge Desk, Ground Floor

19. The Mines Shopping Fair

Foldaway change tables are available within female washroom located at 2nd Floor.

20. Times Square

Changing mattresses complete with accessories are available within female washroom located at Level 3, Level 5 and Level 7.

Other Services: Baby strollers will be made available soon.

21. Pavilion Kuala Lumpur

Nursing room is not ready yet but plans are being put in place.

Other Services: Baby strollers are available for baby below 2 years old at Customer Service Counter at Level 3, main entrance.

22. Sunway Giza

1st Floor :) tak ingat dekat dengan kedai apa.. shopping complex ni baru bukak December 2009.

*list from 1-22.. sources dari susuibu.com

23. Setia City Mall

LG.. Changing mattresses complete with accessories are available.

Other Services: Baby strollers available at the Concierge Counter. 

Monday, February 8, 2010

mak-mak kendong anak...


suka sangat kat Jessica Alba ni... kendong baby pun hot...

owh.. ini kesukaan adik saya... sebab sama-sama kurus kering. tapi minah ni memang sesuai kurus.. masa tembam dulu tak cun langsung...

hehe.. ini kesukaan Mr J. sekurang-kurangnya masih hot dimata dia.

Saturday, February 6, 2010

Mandi express...


mama nak cepat...
Yaya mandi pun dalam sink la jawab nya.
pun budak ni over happy... sibuk nak capai air yang keluar dari paip tu...
trend mark baru.. bila happy je lidah terkeluar. mana tah belajar macam tu..

sapa nak pegi Hawaii???


tak mugkin la sampai ke Hawaii...
amik feel je...

Yaya blur...

Thursday, February 4, 2010

salah sapa?

pagi nasi lemak kerang + nescafe

lunch.. makan lambat... turun2 cafe tengok depa dah start bungkus nasi lemak untuk makan petang.. sedap pulak tengok nasi lemak daun pisang fresh2 macam tu.. so makan lagi nasi lemak.
then nampak pulak pisang goreng dengan keledek goreng baru angkat dari kuali.. arrgghhh alang-alang makan aje lah.. singgit pisang singgit keledek...


mmm.. pisang sedap ni dah tinggal seketul. baru rasa bersalah kat perut. tapi tak de la nak salah kan sesapa pun pasal badan makin berisi lepas beranak ni. selera makan dari masa pregnant still tak bole nak kikis.

saiko!

Tuesday, February 2, 2010

shima saya mengandung...

mengandung dah kau shima...
teringat last year.. masa hen's night party. aku tengah 7-8 bulan kot.

from right to the left.. me, Kimball, Shima, Nat and Nuri.. pix masa party ayam kat Palm Spring.

owh.. ni pix masa lawatan Shima ke rumah saya.

skang ni, your turn.. tahun depan might be Nuri pulak kot. hehe...

anyway, you look gorgeous babe... miss you even rumah kita selang brapa tangga je. (kecoh..)

time flies


balik keje.. then found out Yaya dah bole berdiri...

OMG.. time flies..

for 6 months 2 weeks old baby... mama bangga dengan Yaya.

Monday, February 1, 2010

Stok susu...

bagi sesapa yang berpeluang bagi susu badan kat baby.. beruntung sungguh. jimat duit..
me..? tak de rezeki nak buat macam tu.. akan cuba lagi untuk second baby.. that time will plan betul-betul. tak semua ibu-ibu bole nak ada susu badan ni.. ada orang yang tak de langsung.
ada banyak choices susu baby, normally susu untuk newborn mahal... akan makin murah bila peringkat umur baby makin besar. ye la.. baby newborn memang minum susu je.. so market bole la letak harga macam tu kan... mula-mula dulu Yaya minum S26 Gold, tak brapa sesuai sbb Yaya berak jadi keras. tukar ke Annum ok.. Alhamdullillah. kadang-kadang terasa jugak nak keluar duit beli susu ni.. ada terpikir nak tukar ke susu yang murah sikit. tapi bila kitaorang buat survey sendiri, ada certain susu...baby-baby nya gemukss + obesiti. batal saje niat jimat tang ni. sebab kandungan susu lebih banyak lemak dari protein or khasiat yang sepatutnya. tapi kalau anak kau, memang jenis minum susu 10 minit sebotol, bukan salah susu lah ye. ada orang bangga tengok anak jadi gemuk bulat-bulat. not for me... just hope baby sihat membesar seadanya.

satu tin susu ni Yaya pakai seminggu. so sebulan empat tin, plus satu tin cereal buat masa ni.
hopefully, akan dapat banyak masa on weekend untuk buat bubur homemade untuk Yaya start dari minggu ni.

Cukur bantal

cukur bantal? apa korang ingat, amik pisau cukur tenyeh bantal ke? ergghhh...


cukur bantal ataupun bald spot, dimana kalau kita perati kepala baby kat belakang tempat dia baring tu, rambutnya tak de. kosong...
macam Yaya walaupun dia tido meniarap, cukur bantal tetap ado.. sebab nya bila dia baring, lagi-lagi bila rambut dia basah sebab peluh. rambut tu putus masa baby teleng-teleng kepala. rambut basah kan lembut.. so senang putus.. then lama-lama botak.
but rambut tu akan tumbuh semula.. dan akan lebat balik bila baby start meniarap.
Yaya start cukur bantal masa 4 bulan.. sedihnya bila tengok baby girl botak kat belakang macam tu. but now Yaya 6 bulan.. dah start ok..
i tak sabar nak tengok rambut Yaya panjang paras2 bahu..weee nanti bole beli clip2 rambut yng cute2 tu...